Assalamualaikum.
Dah lama blog tak berupdate. Tengok-tengok dah tahun 2020. Cepatnya masa berlalu.
Tahun ni, Alhamdulillah anak sulungku, Humaira dah melangkah ke alam persekolahan rendah, darjah 1. Dia berjaya menempatkan diri ke sekolah rendah agama swasta. Alhamdulilllah untuk itu.
Tapi, setelah 2 minggu lebih dia bersekolah di situ, aku tengok dia seakan susah nak menyesuaikan diri. Proses pembelajaran agak cepat dan waktu persekolahan yang agak lama menyebabkan dia tidak fokus dalam kelas. Emosinya agak terganggu menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menukarkan ke sekolah kebangsaan. Aku nak dia enjoy masuk darjah 1.
Tapi, aku tak pernah menyalahkan sistem sekolah tu. Mungkin Humaira je yang sukar menyesuaikan diri. Aku tengok kawan-kawan dia ok je.
Disebabkan itu, aku nak cerita macamana procedurenya.
First sekali, aku pergi survey sekolah kebangsaan yang aku nak masukkan Humaira. Pergi ke sekolah tu, tanya kekosongan untuk pelajar darjah 1 dan tinjau keadaan sekolah. Tapi kalau korang busy, just telefon je sekolah tanya ada tak kekosongan.
Aku pergi survey dua sekolah. Alhamdulillah, kerani-kerani sekolah tersangatlah baik. Siap call Penjabat Pendidikan Daerah (PPD) lagi untuk tanya procedure.
Setelah confirm sekolah mana nak masukkan Humaira, benda first sekali kena buat pergi sekolah dia dan minta surat berhenti sekolah. Aku pergi survey sekolah hari rabu, hari rabu tu jugak pergi sekolah Humaira untuk minta surat berhenti sekolah. Tapi dia suruh aku ambil keesokkan harinya, khamis.
Bagitahu siap-siap guru kelas Humaira yang aku tengah uruskan proses pertukaran sekolah Humaira dan hari Khamis merupakan hari terakhir dia bersekolah di situ. So, guru kelas akan berikan file/barang Humaira hari khamis tu.
So, hari khamis aku pun pergilah ambil surat berhenti sekolah tu. Terus pecut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Korang perlu tahu, kalau urusan melibatkan sekolah swasta ke sekolah kebangsaan, korang kena pergi JPN, bukan PPD. Untuk pertukaran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil) ke Sekolah Kebangsaan pun sama, under JPN jugak.
Lepas tu pergi kat Unit Sekolah Rendah.
Aku ingatkan dah boleh settle kan terus, tapi kena isi borang dan kena bawa dokumen asal dan salinan-salinannya yang telah disahkan oleh guru besar/ketua kampung/pegawai kerajaan yang bergred 41 ke atas dan lain-lain. Boleh confirm kan dengan JPN yang lain-lain tu.
3 borang (yang sama) ko kena isi. Lepas tu kena bawa DOKUMEN ASAL dan 3 DOKUMEN SALINAN yang telah disahkan. Dokumen yang kau perlukan;
1. Sijil lahir anak
2. IC anak
3. IC ibu dan bapa
4. Surat nikah ibubapa
5. Surat berhenti sekolah.
Ingat yea, kena bawa 3 SALINAN dokumen yang telah DISAHKAN dan DOKUMEN ASAL.
Aku pergi sahkan dengan ketua taman/kampung aku je.
Lepas tu, bawak ke JPN semula dan JPN akan luluskan permohonan kita.
Sangat mudahkan.
1 dokumen JPN ambil.
1 dokumen untuk simpanan kita.
1 dokumen bawa ke sekolah kebangsaan nanti.
Masa pergi JPN tu dia akan tanya, memang sekolah ni ada kosongkan?
Sebab aku dah pergi tanya sekolah, aku confident cakap ya.
Masa
isi borang tu pun, ada dua nama sekolah kau kena isi. Tapi sebab aku
memang dah confirm nak masukkan Humaira ke sekolah yang aku pilih dan
ada kekosongan kat sekolah tu, aku tulis satu je nama sekolah.
Dekat dokumen tu, aku tulislah tarikh kemasukan ke sekolah baru tu, hari isnin memandangkan hari tu dah hari khamis. Jumaat tu boleh la Humaira cuti jap.
Tapi orang kat JPN tu sarankan pergi bawa dokumen yang perlu diserahkan ke sekolah baru, hari tu jugak.
So, aku pun pergi la ke sekolah baru.
Kerani sekolah tanya, "Mana anak?"
Aku macam, "Oh, kena bawa ke? Anak saya sekolah kat sekolah lama lagi. Hari ni last."
Adoi.
"Ok, so esok kena bawa anak datang sini. Datang dengan pakaian sekolah yea."
Kikiki.
Tak jadi lah aku nak cutikan Humaira jumaat tu. Ingat next week baru start.
So, kalau korang macam aku, nak mulakan next week contohnya, silalah bawak dokumen yang kena serahkan ke sekolah tu pada hari yang korang plan nak masukkan anak korang tu.Jangan lupa bawak anak korang sekali hihi.
Kiranya anak korang terus masuk kelas hari tu jugak.
Malam tu kalut aku cari baju sekolah warna putih sebab baju sekolah agama Humaira tu kaler biru. Nak cari brand Canggih semua kedai tak jual. Stress pulak aku. In the end, terpaksa beli brand lain. Itulah reason nak masukkan Humaira next week sebab nak prepare baju sekolah dia.
Tapi kalau nak senang, tak nak pergi JPN 2 kali macam aku, terus bawak siap-siap dokumen asal dan 3 salinannya yang telah disahkan dan pergi JPN. Kat sana just isi borang je dan terus hantar. Settle!
Takyah dua tiga kali ulang-alik.
Semoga entry aku kali ini bermanfaat.
Thanks for reading!
20 comments:
Thanks for the info!
Jpn tu jabatan pendaftaran negara la kan..haha maaf kompius
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Tq sis sangat membantu...
Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Sangat membantu.
terima kasih atas perkongsian. sangat membantu memberi pencerahan.
Terima kasih puan atas perkongsian. Part last tu saya blur, plan nak pergi sendiri dulu register dan tanya2 sekolah atau bawak anak terus. Nasib baik puan share datang sekolah bawa anak sekali.
salam.Terima kasih sudi share info dan pengalaman.Sangat membantu sebab sy pun nak buat pertukaran sekolah anak.
Assalam Sis, terima kasih atas perkongsian. Boleh share macam mana sis trace yang Humaira mcm struggle di sana? Saya pun debating sekarang sebab anak sulung Harraz nak masuk Tahun 1 dah 2023.. Helppp terima kasih..
ALhamdulillah t.kasih atas info berguna ni. Saya baru plan nak tukar sekolah swasta ke sek kebangsaan. ingatkan kalau berhenti sek skg, anak akan masuk sek kebangsaan bulan 3 nanti. apepon t.kasih tau
Kalau berhenti sekola swasta sekarang, xbole masuk sekola kebangsaan march nnt ke?
Terima kasih atas info
Fuhh, lama tak bukak blog.
Alhamdulillah, perkongsian saya dapat banyak manfaat.
Boleh je tukar sekolah dari sekolah swasta ke sekolah kebangsaan, just pergi jabatan pendidikan negeri ok.
Tapi sebelum tu survey dulu sekolah mana nak masukkan anak, tanya kerani sekolah pun ok.
Maaf tanye. JPN yg kena pergi tu, JPN ikut negeri sekolah lama atau sekolah baru ye? Sy nk tukarkn anak dari selangor ke N9
Anak saya sama mcm kes ank abg ni,ank sy sek swasta jadual padat smpai jam5 skali kafa,lepas tu mengaji petang smpai jam7,waktu dia mngaji trtido atas muqadam,tngok ank ksian dia letih smpai xbole nk fokus,wktu blajar sangat la padat,esk sy akn ke Ppd dlu tanya mcm mna nk tukar ank swasta ke kebangsaan..Tq info berguna😄
Assalamualaikum sis, kalau tnya kekosongan sekolah tu perlu tulis surat tak? Atau dtg trus tnya kekosongan?
@Rania waalaikumussalam, tak perlu tulis surat.Pergi ke sekolah tu, tanya kerani ada kosong tak. Nak senang, call je sekolah tu tanya. Moga dipermudahkan urusan puan.--+*+
Thank u for the sharing! Semoga allah dpt balas kebaikan u 🥰 Sgt2 informative n membantu ya ❤️
Salam Sis. Tukar sekolah rendah swasta ke kerajaan pakai form yg mana satu, P.U.(A)275 atau Borang ASBS?
Post a Comment