2018.

Assalamualaikum!

Baru ada kesempatan update blog. First entry for the 2018.

Tahun ni, anak sulungku, Humaira masuk 5 tahun dan Husna, masuk 2 tahun. Alhamdulillah, semua membesar dengan sihat. Begitu jugak aku dan suami hikhik!

Tahun ni, jadual Humaira agak pada. Lepas balik dari kinder garden, hantar pulak pergi mengaji dekat dengan rumah. Seronok lah dia petang-petang pergi mengaji naik basikal, jumpa dengan kawan-kawan. Dari tahun lepas lagi, baca Iqra' 1. Harap lepas ni dah boleh naik level seterusnya.
Plan seterusnya nak hantar masuk kelas swimming pulak. Best budak-budak zaman sekarang, dari kecik lagi dah banyak aktiviti. Mama dulu belajar berenang dalam kolam ikan je, itu pun tak pandai-pandai ekeke!

Jadual Husna takde berubah pun. Melainkan teman mama pergi jemput kakak kat kinder garden, pergi hantar mengaji. Yang kelakarnya, tiap kali hantar kakak pergi mengaji, dia akan nangis sedu-sedu tengok kakak masuk rumah ustaz. Sepanjang perjalanan balik rumah pulak tu menangis.
Sabar yea dik, umur 4 tahun nanti, mama hantar pergi kinder garden dan mengaji tapi kena bebas pampers dulu ok?



First day nak pergi mengaji. Pergi dengan basikal je sebab dekat.


Mula-mula sampai dekat rumah ustaz, Humaira buat muka pelik.


"Kenapa kat rumah mama? Bukan kat masjid ke mengaji?'

Penangan tengok kartun upin ipin lah ni. Jenuh aku nak explain hahaha!

Tengok muka ustaz, tiba-tiba start nangis.

"Mama, kakak takutlah. Tak nak lah mengaji."

Padahal kat rumah excited bercerita tak sabar nak pergi mengaji. Macam Upin Ipin.
Tapi bila kawan-kawan dia dah sampai, barulah ceria dan terus ok.
Masa ambik dia dari mengaji, aku tanya ustaz, ustaz cakap Humaira ok. Mula-mula je takut.

Second day, dia siap suruh aku balik lagi. Time tu aku sedang syok berborak dengan parent yang hantar anak mengaji jugak.

I'm so proud with you kakak Humaira!

No comments: