2018.

Assalamualaikum!

Baru ada kesempatan update blog. First entry for the 2018.

Tahun ni, anak sulungku, Humaira masuk 5 tahun dan Husna, masuk 2 tahun. Alhamdulillah, semua membesar dengan sihat. Begitu jugak aku dan suami hikhik!

Tahun ni, jadual Humaira agak pada. Lepas balik dari kinder garden, hantar pulak pergi mengaji dekat dengan rumah. Seronok lah dia petang-petang pergi mengaji naik basikal, jumpa dengan kawan-kawan. Dari tahun lepas lagi, baca Iqra' 1. Harap lepas ni dah boleh naik level seterusnya.
Plan seterusnya nak hantar masuk kelas swimming pulak. Best budak-budak zaman sekarang, dari kecik lagi dah banyak aktiviti. Mama dulu belajar berenang dalam kolam ikan je, itu pun tak pandai-pandai ekeke!

Jadual Husna takde berubah pun. Melainkan teman mama pergi jemput kakak kat kinder garden, pergi hantar mengaji. Yang kelakarnya, tiap kali hantar kakak pergi mengaji, dia akan nangis sedu-sedu tengok kakak masuk rumah ustaz. Sepanjang perjalanan balik rumah pulak tu menangis.
Sabar yea dik, umur 4 tahun nanti, mama hantar pergi kinder garden dan mengaji tapi kena bebas pampers dulu ok?



First day nak pergi mengaji. Pergi dengan basikal je sebab dekat.


Mula-mula sampai dekat rumah ustaz, Humaira buat muka pelik.


"Kenapa kat rumah mama? Bukan kat masjid ke mengaji?'

Penangan tengok kartun upin ipin lah ni. Jenuh aku nak explain hahaha!

Tengok muka ustaz, tiba-tiba start nangis.

"Mama, kakak takutlah. Tak nak lah mengaji."

Padahal kat rumah excited bercerita tak sabar nak pergi mengaji. Macam Upin Ipin.
Tapi bila kawan-kawan dia dah sampai, barulah ceria dan terus ok.
Masa ambik dia dari mengaji, aku tanya ustaz, ustaz cakap Humaira ok. Mula-mula je takut.

Second day, dia siap suruh aku balik lagi. Time tu aku sedang syok berborak dengan parent yang hantar anak mengaji jugak.

I'm so proud with you kakak Humaira!

My Helpers!

Assalamualaikum!

Adakah sekarang aku dah boleh rileks sebab dah ada pembantu kat rumah? Bukan seorang tapi dua orang! Itu yang lagi pening kepala aku huhaa!

Kenapa pening?

Pagi. Anak-anak masih tido lagi. Aku dengan senang-lenangnya melipat kain. Lega sikit bila tengok timbunan kain makin susut. 

Belum sempat punggah baju masuk dalam almari, tiba-tiba, si kakak bangun.

“Mama, nak susu.”

“Ok.”

Lepas dah habis minum, boleh dia pergi kacau adik yang sedang tido lagi. Apalagi, celik luas lah mata adik bila dengar suara kakak.

Cepat-cepat mandikan mereka, settlekan semua. Tengah kalut-kalut kemaskan katil, tiba-tiba si adik,

“Mama, nahh!” Tangan angkat kain yang dah dilipat menuju ke almari.

Mama? Nangissss! 
Sebab tengok habis berterabur kain baju yang dah dilipat atas lantai uhuu.

Datang pulak si kakak, nak membantu jugak. Diangkatnya timbunan kain yang lain tapi si adik marah dan merampas, kengkonon itu kerja dia, maka dialah yang patut habiskan :’) Maka habislah terjatuh kain baju dan bersepah balik.

Aku? No reaction. Cool.
Beristigfar dalam hati dan kutip semua kain masuk bakul balik.

Dalam hati, cepatlah tido wahai anak-anakku sebelum mama mu bertukar jadi hulk! Bahahaha!

Yess, kadang-kadang aku ngamuk jugak. Time tu time aku terlampau letih = stresss!

Dan banyakkk lagi benda yang my helpers ni nak tolong tapi end up mama yang kena buat lagi sekali. Mama is redha.

Humaira, Husna, bila dah besar, kalau baca ni, mama just nak cakap,

Thanks sebab selalu nak tolong mama buat kerja-kerja rumah. Walaupon lepas tu mama kena buat balik. Mama tak kisah pon. Thanks sebab ajarkan mama erti kesabaran walaupon kadang-kadang mama baran jugak.
Mama harap kesedaran untuk menolong mama ni ada sampai besar dan sampai bila-bila. Bolehlah mama betul-betul rileks lepas ni muehehe!

Ni baru nak sapu lantai. Belum sapu dah berebut. Sorang nak penyapu sorang nak penyodok. Mama tengok jee. Walaupon sapa yang menang, mama yang tetap kena sapu lantai.

BoboiBoy The Movie.

Assalamualaikum!

Semalam aku sekeluarga pergi tengok BoboiBoy The Movie. Asalnya nak tengok rabu lepas, tapi tiket semua sold out. Betapa kuat tak kuat penangan BoboiBoy ni kan. Tambah-tambah lagi minggu ni musim cuti sekolah kan. Hari rabu pulak, tiket murah. Belum beratur beli tiket lagi, dorang dah tulis notis tayangan BoboiBoy hari tu dah penuh. Semangat bukan main keluar rumah awal. Dah la dapat parking betul-betul depan pintu mall. Rugi je. Last-last hubby tempah melalui online je. Senang!

 

 

Sesiapa ada anak kecik confirm akan layan kartun BoboiBoy ni. Humaira pon suka tapi dia lagi suka kartun Upin Ipin. Mungkin BoboiBoy ni banyak aksi sangat. Tapi lagu kemain dia hafal.

Sebenarnya, ni first time aku bawak Humaira masuk pawangam. Risau jugak takut dia buat hal. Budak-budak kalau dah boring mula la nak bertantrum kan. Dah la masuk-masuk tu suasana gelap. Selamat dia ok je. Beli siap-siap sweet corn favourite dia.

Tak dinafikan memang penuh pawangam. Kanak-kanak ramai. Dah memang cerita level dioarangkan. Mak ayah layankan aje, tambah-tambah lagi semalam malam minggu.

 

Sangat ramai semalam. Tapi dengar cerita tayangan movie BoboiBoy memang sentiasa penuh.

 

Humaira muka malas nak layan. Sebelum masuk hall minta dia posing dulu tapi dia macam takde perasaan hihi

 

Humaira in pyjama hehe. Aku ada bawak sweater dia in case dalam pawangam tu sejuk tapi sangkaan aku meleset. Panas je dalam tu sampai aku berpeluh-peluh. Humaira apatah lagi, berpeluh habis. Tapi, bukankah biasanya dalam pawagam sejuk? Erm…

 

Last posing sebelum masuk hall. Buat gaya muka comel hehe

 

Overall, movie ni best! Tapi Humaira takde la focus sangat maybe banyak sangat aksi. Dia tak berapa faham sangat. Dia sibok duk makan sweet corn dia haha!

Siapa yang layan kartun ni memang tahu kartun ni ada sense humor dia tersendiri. Watak yang paling kelakar Cikgu Papa dan Gopal. Aku frust sikit sebab watak Tok Aba sikit je scene sebab kalau layan kartun, watak dia pon kelakar hihi.

Kalau dah ramai kanak-kanak kan memang ada la dengar dorang memangis. Tapi sejujurnya aku tak rasa terganggu pon sebab aku sendiri ada anak kecik. So, dah tahu kalau mereka mula bertantrum. Maybe sebab semalam dalam hall panas. Ada yang bawak baby, baby tak selesa. Ada yang pakaikan jaket tebal-tebal lagi.

Tayangan start dalam pukul 8.30 malam habis dalam pukul 10 lebih macam tu. Waktu tidur dorangkan. Humaira pon dah lali mata, tapi dia takleh tido sebab panas. Selamat dia tak merengek kuat-kuat hihi! Masuk kereta, terus KO. Tidur sampai pagi sampai tak sempat nak tukar pampers. Hasilnya, pampers dia bocor pagi ni. Basuh cadar lagi! Kuikuikui~

Thanks for reading!

Bye!