Jalan-Jalan Melaka (Melaka Duck Tours).

Assalamualaikum!

Bila dah lama sangat terperuk kat rumah, hubby ajak pergi jalan-jalan. Mulanya nak pergi Langkawi, tapi entah la, aku macam malas la nak kena naik 2 transport, kereta-kapal terbang or kereta-feri. Bila ada anak ni rasa banyak sangat kena angkut. Aku tengok orang lain rilek je travel jauh-jauh bawak anak. Tak berjiwa kental lansung aku ni hihi.

Hubby tanya aku nak pergi Penang atau Melaka? Aku sebenarnya nak pergi Penang sebab terkenankan nasi kandar dia yang marvellous itu tapi sebab pergi cuti hujung minggu je, rasa macam tak berbaloi pulak jalan jauh tapi stay kejap je. Kuantan dengan Penang jauh ok hihi. So, ambik keputusan pergi Melaka je. Dekat pon dekat. Takde la sakit pinggang aku dalam kereta kan.

Kitaorang bertolak pagi jumaat. Sampai dalam lebih kurang pukul 3 camtu. Lewat sikit sebab hubby berhenti tengah jalan solat jumaat. Lepas check-in hotel, kitorang terus gerak ke Menara Taming Sari. Bukan nak naik menara pon tapi excited nak naik kenderaan 2 alam (amfibia) ataupun dikenali Melaka Duck Tours.

 

Ha, ni la dia kenderaannya

Mula-mula dia bergerak atas jalan lepas tu masuk dalam laut. Ni gambar ehsan google. Aku lupa nak snap hari tu sebab kalau aku keluarkan telefon, Humaira sibuk la merengek-rengek nak main phone aku. Stress mak!

Harga tiket dewasa (warganegara) Rm38 dan kanak-kanak (1 – 12 tahun) Rm 22.

Humaira pon dikenakan tiket tau sebab nanti ada seat. Seat dalam tu takde la luas sangat pon kalau nak riba dia. Tapi Humaira boleh tido pulak time masuk dalam laut. Hubby la yang pangku dia. Aku rileks je kuikuikui.

Kitaorang sampai dalam pukul 5 petang camtu, so dapat trip last sekali pukul 6.30 petang. Sebelum nak tunggu tu, kitaorang pon pusing-pusing la area situ, Dataran Pahlawan. Ramai sangat orang sebab musim cuti sekolah kan.

 

Dataran Pahlawan

Dekat dengan area sini kan banyak beca. Dah la dia hias cantik-cantik. Tema Frozen la, Hello Kitty la. Dak Humaira ni pulak obses dengan Elsa dia. Berkejar beca semata-mata nak sentuh patung Elsa tu hehe. Nak naik beca macam tak berbaloi pulak. Harga pusing-pusing situ Rm40 kalau tak silap.

Banyak benda dah ada kat sana. Kalau dulu time aku pergi (tahun 2013), takde lagi Pahlawan Mall dan The Pirate Adventure (taman tema bertemakan pirate). Aku tak pasti pulak harga tiket masuk Pirate Adventure tu berapa. Sebab tak nak masuk tu yang tak ambik tahu.

Kota A’Fomasa pon aku tak jejak. Tengok hujung mata macam tu je. Tak larat nak daki bukit dia. Lagipon aku dah banyak kali pergi, dah tak excited sangat dah.

 

Depan pokok Melaka dan Pahlawan Mall. 2 in 1 gitu

Sempat masuk kejap dalam Pahlawan Mall. Besar tapi takde orang sangat. Maybe sebab orang datang sini nak melawat Menara Taming Sari, A’famosa bukan nak shopping kat mall kan. Kebetulan nak menyambut Christmas, kat tengah-tengah mall tu, diaorang deco pokok Christmas tinggi giler dan bertemakan Doremon.

 

Kat pokok tu, patung-patung Doremon. Geram nak ambik boleh 2 3 ketul Doremon heee

Aku sebenarnya masuk mall ni nak carik toilet, nak membuang apa yang patut. Boleh pulak perut hal time time camgini. Dah pukul 6 sebenarnya masa ni. Nak berkejar kat tempat naik kenderaan 2 alam lagi. Nasib baik la dekat. Tapi semput la jugak. Dah kurang stamina gamaknya kan.

Sampai dekat situ, dah ramai orang duk tunggu Duck Tours tu. Tunggu dalam 15 minit jugak la. Kat tiket dah bagi nombor tempat duduk siap-siap. Senang! Takyah berebut tempat duduk.

 

Sempat lagi wefie. Dak Humaira tengah mengantuk tuu, kejap je dia lengtok

Biasa lah petang kan, jalan agak jammed. Tapi takde la stuck lama pon atas jalan. Seronok sangat sebab dia takde tingkap. Tapi kalau ada anak kecik kena jaga-jaga. Takut pergi terjun pulak kan hehe.

 

Dah nak masuk laut

Kat sini, ramai yang excited. Jakun weh tengok bila dia masuk air. Aku sempat rakam video tapi malas nak post video, berat plak kang blog aku wakaaka!

Time masuk laut ni dah senja. Best sangat tengok sunset dari tengah laut. Dah la aku punya seat tepi sekali dan belakang sekali. Tambah-tambah lagi anak tido. Layan habis. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, syok oi bila ingat balik.

 

 

Lama jugak dia berada kat laut. Sejam lebih kenderaan ni bergerak. Tapi kalau traffic tak heavy sangat dalam sejam je aku rasa. Kenderaan ni sebenarnya digunakan waktu perang. Time bila aku tak pasti sebab waktu penerangan, aku tak dengar sangat. Sebab takde tingkap, bunyi bising kat luar menenggelamkan suara narator, aku dah la duduk belakang sekali. Layan pemandangan kat luar lagi syok.

Bagi aku, memang berbaloi la naik bendalah ni. Bila lagi nak merasa naik kereta 2 alam. Tapi ni maybe first and last. Bila dah naik sekali, tahap keexcitedan aku dah berkurang bila nak naik kali kedua. Tapi ok la sekadar nak kutip pengalaman.

Lepas tu, aku teringin nak pergi Jonker Walk. Dulu, time datang tak sempat nak pergi. Hubby layankan saja. Berjalan kaki je ke Jonker Walk. Dekat je. Dah masuk ,magrib dah time tu. Selamat boleh solat jamak.

Meriah sangat Melaka time malam. Ramai tourist. Beca pula banyak, lepas tu diaorang hias cantik-cantik dengan lampu liplap bagai. Siap dengan lagu lagi.

Kami menyusuri Sungai Melaka sesambil tengok Cruise. Tak teringin pon nak naik Melaka Cruise sebab dah pernah naik dulu. Lebih kurang 15 minit camtu jalan, sampai la ke Jonker Walk.

Ya Allah, umat manusia tersangat lah ramai sampai nak jalan pon susah, terhimpit-himpit. Aku masuk sekerat jalan je lepastu mintak hubby patah balik. Ye la, malas nak tempuh crowded sangat. Apa yang aku perasan, mostly penjual adalah Chinese, lagi la takde mood aku nak shopping. Lagipon masa tu Humaira tengah tido atas dukung hubby. Lagilah kasihan sebab panas sangat. Dua-dua aku kasihan sebenarnya.

Tapi sempat la aku beli air kelapa yang pure. Dia kupas kulit je, tinggal isi dan air kelapa. Kalau nak minum, cocok je straw dalam isi tu.

 

Haa, camni la rupa dia. I wonder macamana diaorang kupas kelapa ini atau aku yang jakun ekeke

Rasa air dia tak manis pon, biasalah pure kan. Biasa kita minum tambah air gula, tu yang sedap. Tapi isi dia agak keras. Baran jugak la nak makan dia.

Berhenti kejap depan Sungai Melaka sambil tengok Cruise. Selamat banyak kerusi yang disediakan. Lega bila dapat duduk. Humaira bila duduk, terus terjaga. Nampak air kelapa, terus nak. Eh, dia memang suka air kelapa, tambah-tambah isi.

 

Bersemangat dia minum

Lepas tu, takde nak ke mana lagi, terus balik hotel. Tak kuasa nak lepak lama-lama sebab anak pon tak dimandikan lagi. Ampun nak, mandi lewat hari tu. Dekat hotel ada tub mandi. Suka lah Humaira boleh berenang dalam tu. Macam-macam kuak dia pamer. Layan je la. Nak ajak naik punya la susah. Siap berdrama air mata ko.

Esoknya, aku pergi Zoo Melaka. Memang niat nak expose Humaira dengan binatang. Asyik tengok binatang kartun kat tv je. Kena lah tunjuk yang real kan. Kalau ada mood, aku tulis di next entry hihi *mood malas*.

Thanks for reading!

Bye!

No comments: