Review: SteamQ Iron, Go Shop.

Assalamualaikum!

Entry lepas aku ada cerita pasal Go Shop. Sebenarnya dah lama aku beli steamQ iron. Baru nak buat review as a guide pada siapa yang baru nak beli. Sebab masa aku nak beli hari tu, aku ada search la tapi takde orang buat review lagi. Aku kalau nak shopping barang online, aku akan survey-survey dulu, tengok review dulu. Kalau review ok, inshaAllah akanku proceed pembelian hikhik.


Ni lah bendalah steamQ iron tu. Sapa tak pernah tengok iklan promo dia, boleh bukak channel Astro 118. 

Terpegun giler aku tengok dia punya iklan. Memang woww sangat. Kan aku cakap aku ni mudah terpengaruh keke. Sebagai seorang yang selalu iron baju kerja hubby, mesti la suka barang-barang yang buat kerja lebih mudah dan lebih cepat. 

Sebenarnya malas pon ada nak iron blouse orang lelaki. Lecehhh. Tambahan pulak, seluar slack hubby, ya Rabbi, berkedut seribu. Memang wajib kena iron. Aku ambik masa yang lama nak iron seluar dia. Tengok kedutan dah kurang, tu pon rasa tak puas hati. Nak jugak kasik kedutan tu hilang. Selamat hubby jenis cool, "Gosok sikit sikit dah la." Bila dia tengok aku stress dok iron seluar dia kekeke.

Sebelum nak beli benda kat Go Shop, kena kasik hubby tengok dulu iklan promo dia. Kasik dia impress sama kehkeh. And and andddd dia bagi green light haha thank you sayangg!

And there you are. Dangg! Dalam masa 2 hari, dah sampai. Masa mula-mula tu, memang susah nak guna. Tak reti. Sakit hati pon ada sebab tengok iklan memang senang giler, tapi bila dah buat sendiri rasa susahnya. Tak hilang pon kedutan. Menipu jeee. Bebel aku dalam hati.

Pastu aku baca manual dia and tengok balik iklan dia dan aku try guna balik. Ok, dah reti hehe. Aku tak reti iron baju kalau sangkut macam dalam iklan dia tu. Aku kena letak baju dekat iron board jugak. Baru selesa nak iron. Senang pon senang.

Yang bestnya, hubby pon suka guna jugak. Aku rasa dia lagi terror daripada aku sebab pagi pagi, baju kerja dia, dia yang iron sendiri in case aku tengah menyusu Humaira or aku tido mati hehe.

Bagi pendapat aku sendiri la, aku memang suka guna sebab seluar slack hubby yang kedut seribu tu lek lek je dah tak kedut. Even lepas basuh pon, takdelah kedut sangat macam dulu. Mungkin sebab benang dia kena steam tegak balik. Tu tak tak kedut tu kahkah teori ke laut.

Tapi ok la. Kedut senang hilang. Kadang-kadang aku iron baju sebelah je. Sebelah satu lagi takyah iron sebab dah tak kedut. Steam dia tu kan boleh tembus even kain tebal. Hehe.

Iron dia pon kecik dan ringan. Sesuai untuk bawak travel. Dah la dapat beg untuk letak iron ni (yang gambar beg warna putih tu). Comel je sebab cukup-cukup muat iron tu.

Selain itu, boleh jugak steam sofa, alas kaki, langsir and semua yang bersesuaian. Kalau alas kaki yang berbulu, boleh pasang yang macam berus yang kaler purple dalam gambar, lepas tu steam kan ia sambil beruskan alas kaki tu.
Aku pulak, suka steamkan lantai. Humaira suka tumpahkan makanan dan minuman atas lantai. Lepas cuci lantai, aku steam kan lantai iteww hehe.

Kalau baju yang banyak labuci or manik, boleh pasang yang warna merah tu. Aku tak tahu la nama apa. Tapi sangat membantu. Kalau kain yang jenis cepat rosak bila kena iron (biasanya ia akan melekat kat iron), boleh guna yang tu. Kira steam je la kat baju tu, tanpa kena permukaan iron yang besi tu. Harap korang paham penerangan aku ni haha.
Kalau guna iron yang biasa, stress giler nak iron kan part manik-manik or labuci. Biasanya baju raya la geheehhe!

Tapi kalau tengok kat web Go Shop, ada jugak yang tak berpuas hati dengan iron ni (boleh tengok dekat bahagian review on web). Entah la. Tapi Alhamdulillah aku punya iron, ok lagi setakat ni. Kalau buat hal, memang aku boikot laa Go Shop. Yelah, iklan kemain kan, tapi kalau barang hampeh buat apakan kehkehkeh.

Tak tahu lah review aku ni membantu ke tidak tapi I hope so mehehe.

Oh lupa pulak nak mention harga.
Rm199 and dapat semua benda kat atas tu. Agak pricey bagi aku but its worth. Pejam mata je bayar hahaha.

Tata! 

16 comments:

Zurina Zulkefli said...

Thanks sbb buat review ni..sy pun mcm awak..bace review br beli..hehe..

Nick Ninos said...

Kan. Tengok review ok baru la semangat dan yakin nak beli hihi. Sekarang, dah banyak review pasal SteamQ iron.

QayLiana House said...

Same la..baru beli...terkial2 nak guna...thanks buat review....lps ni boleh practik kn lg..

QayLiana House said...

Same la..baru beli...terkial2 nak guna...thanks buat review....lps ni boleh practik kn lg..

Norazayati Rambat said...

Thanks.. Baru berkira2 nak beli sbb harga dia mmg boleh tahan..

Norazayati Rambat said...

Thanks.. Baru berkira2 nak beli sbb harga dia mmg boleh tahan..

Nick Ninos said...

QayLiana House,

Practice makes prefect gitew hikhik. My personal opinion, memang sangat senang digunakan. Berbaloi!

Nick Ninos said...

Norazayati Rambat,

Harga boleh tahan bagi sebuah sterika kan.
InshaaAllah berbaloi dengan harga *wide smile*

hiedahkk said...

baru tgk iklan semlm, terus teruja ..sbb paling tak suka iron baju.
sapa yg dah beli mmg berbaloi ke?
ye sbb harga agak mahal jg...hihi

Muhaemi Kamal said...

Assalam...tumpang ye tuan tanah...sape ada nk letgo steam Q iron sy nak ye...watsap 0135887987...trima kasih tuan tanah

zara fendy said...

Slm, tuan blog, sy ada yg baru sampai, belum pkai, new in box, nak letgo, reason 4 selling, my mom pun dah ada satu, xnk simpan nnti rosak, if berminat blh contact sy, 011 10957155. Boleh cod.

Unknown said...

Quality ok ka tak?...risau juga bayar mahal tapi kualiti tak memuaskan..

Nick Ninos said...

hiedahkk ,

Bagi saya memang berbaloi. Lagi suka iron baju sebab senang dan seronok dok tekan steam dia tu ekeke xD



Muhaemi Kamal,

Eh, kenapa tak beli kat Go Shop je?



zara fendy,

Lai lai siapa nak beli xD
Dah ada orang beli ke?

Nick Ninos said...

Unknown,

So far, bagi saya kualiti dia ok. Hari tu hubby ada iron baju malam, pagi tu baru perasan dia tak tutup suis. Bila chek balik, ok lagi iron tu. selamat takde terbakar ke apa kan. Thumb up steamQ iron! hehe

Boleh tengok komen komen kat web go Shop. Ada jugak review yang kurang memuaskan tapi bagi saya ok lagi setakat ni. Dah nak dekat setahun jugak saya pakai ni hehe.

Anonymous said...

Iron steam Q untk di letgo.
Call or watsap 0182559409

Unknown said...

Assalamualaikum nak ucap trmksh kerana perkongsian yg benar2 diperlukan.
Kak zah pun nak beli iron ni sbb nampak senang utk kak zah bawa gi travel. Dgn komen pengalaman yg ok ni bolehlah kak zah buat keputusan sbb biasalah beli barang tanpa lihat sendiri memang meragikan. Thanks