Tulis dan Baca.

 Assalamualaikum!


Rindu betul nak menulis di sini atau sebetulnya menaip hehe.

Dah lama meninggalkan dunia menulis dan membaca. Actually untuk menjadi penulis yang baik, kita kena banyak membaca. Membaca membantu membuka mata minda kita. Beza tahu penulisan orang yang banyak membaca dengan tidak.

Sekarang masa aku terisi dengan anak-anak dulu. Sibuk menguruskan anak-anak ke sekolah, ke KAFA. Petang-petang nak main kat taman mainan pula. Belum lagi masuk musim exam, mak dia sama naik belajar lepastu mengajar anak-anak balik. Oh ye, sekarang musim exam.

Tapi membaca, Alhamdulillah, sekarang dah sempat. Even 1 page per day. Hana my youngest pon dah slowly wean off, dah boleh maknya mengadap buku.

Aku lepas habis membaca siri Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Mursyid. BEST okayy!

Sekarang aku more into self-help books. No more novel cinta-cintun. Zaman aku dah berlalu. Focus pada nak upgrade diri je. Alhamdulillah. 

Moga Allah mudahkan. InshaAllah.


Rindu.

Assalamualaikum!

Dah lama tak menaip. Rindu!

Banyak benda nak tulis tapi tak tertulis.

Sibuk dengan banyak benda, perihal rumah tangga, anak-anak, PdPR dan sebagainya.

 

Dunia sedang sibuk berperang dengan pandemik, tapi aku sibuk berperang dengan diri-sendiri.

Semoga kita semua menang dalam perang masing-masing.


Aamiin!

Proses Pertukaran Sekolah Rendah Swasta ke Sekolah Kebangsaan (2020)

Assalamualaikum.

Dah lama blog tak berupdate. Tengok-tengok dah tahun 2020. Cepatnya masa berlalu.
Tahun ni, Alhamdulillah anak sulungku, Humaira dah melangkah ke alam persekolahan rendah, darjah 1. Dia berjaya menempatkan diri ke sekolah rendah agama swasta. Alhamdulilllah untuk itu.

Tapi, setelah 2 minggu lebih dia bersekolah di situ, aku tengok dia seakan susah nak menyesuaikan diri. Proses pembelajaran agak cepat dan waktu persekolahan yang agak lama menyebabkan dia tidak fokus dalam kelas. Emosinya agak terganggu menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menukarkan ke sekolah kebangsaan. Aku nak dia enjoy masuk darjah 1.

Tapi, aku tak pernah menyalahkan sistem sekolah tu. Mungkin Humaira je yang sukar menyesuaikan diri. Aku tengok kawan-kawan dia ok je.

Disebabkan itu, aku nak cerita macamana procedurenya.

First sekali, aku pergi survey sekolah kebangsaan yang aku nak masukkan Humaira. Pergi ke sekolah tu, tanya kekosongan untuk pelajar darjah 1 dan tinjau keadaan sekolah. Tapi kalau korang busy, just telefon je sekolah tanya ada tak kekosongan.

Aku pergi survey dua sekolah. Alhamdulillah, kerani-kerani sekolah tersangatlah baik. Siap call Penjabat Pendidikan Daerah (PPD) lagi untuk tanya procedure.

Setelah confirm sekolah mana nak masukkan Humaira, benda first sekali kena buat pergi sekolah dia dan minta surat berhenti sekolah. Aku pergi survey sekolah hari rabu, hari rabu tu jugak pergi sekolah Humaira untuk minta surat berhenti sekolah. Tapi dia suruh aku ambil keesokkan harinya, khamis.

Bagitahu siap-siap guru kelas Humaira yang aku tengah uruskan proses pertukaran sekolah Humaira dan hari Khamis merupakan hari terakhir dia bersekolah di situ. So, guru kelas akan berikan file/barang Humaira hari khamis tu.

So, hari khamis aku pun pergilah ambil surat berhenti sekolah tu. Terus pecut ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Korang perlu tahu, kalau urusan melibatkan sekolah swasta ke sekolah kebangsaan, korang kena pergi JPN, bukan PPD. Untuk pertukaran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil) ke Sekolah Kebangsaan pun sama, under JPN jugak.
Lepas tu pergi kat Unit Sekolah Rendah.

Aku ingatkan dah boleh settle kan terus, tapi kena isi borang dan kena bawa dokumen asal dan salinan-salinannya yang telah disahkan oleh guru besar/ketua kampung/pegawai kerajaan yang bergred 41 ke atas dan lain-lain. Boleh confirm kan dengan JPN yang lain-lain tu.

3 borang (yang sama) ko kena isi. Lepas tu kena bawa DOKUMEN ASAL dan 3 DOKUMEN SALINAN yang telah disahkan. Dokumen yang kau perlukan;

1. Sijil lahir anak
2. IC anak
3. IC ibu dan bapa
4. Surat nikah ibubapa
5. Surat berhenti sekolah.

Ingat yea, kena bawa 3 SALINAN dokumen yang telah DISAHKAN dan DOKUMEN ASAL.

Aku pergi sahkan dengan ketua taman/kampung aku je.

Lepas tu, bawak ke JPN semula dan JPN akan luluskan permohonan kita.
Sangat mudahkan.

1 dokumen JPN ambil.
1 dokumen untuk simpanan kita.
1 dokumen bawa ke sekolah kebangsaan nanti.

Masa pergi JPN tu dia akan tanya, memang sekolah ni ada kosongkan?
Sebab aku dah pergi tanya sekolah, aku confident cakap ya.

Masa isi borang tu pun, ada dua nama sekolah kau kena isi. Tapi sebab aku memang dah confirm nak masukkan Humaira ke sekolah yang aku pilih dan ada kekosongan kat sekolah tu, aku tulis satu je nama sekolah.

Dekat dokumen tu, aku tulislah tarikh kemasukan ke sekolah baru tu, hari isnin memandangkan hari tu dah hari khamis. Jumaat tu boleh la Humaira cuti jap.

Tapi orang kat JPN tu sarankan pergi bawa dokumen yang perlu diserahkan ke sekolah baru, hari tu jugak.

So, aku pun pergi la ke sekolah baru.

Kerani sekolah tanya, "Mana anak?"
Aku macam, "Oh, kena bawa ke? Anak saya sekolah kat sekolah lama lagi. Hari ni last."

Adoi.

"Ok, so esok kena bawa anak datang sini. Datang dengan pakaian sekolah yea."

Kikiki.

Tak jadi lah aku nak cutikan Humaira jumaat tu. Ingat next week baru start.

So, kalau korang macam aku, nak mulakan next week contohnya, silalah bawak dokumen yang kena serahkan ke sekolah tu pada hari yang korang plan nak masukkan anak korang tu.Jangan lupa bawak anak korang sekali hihi.

Kiranya anak korang terus masuk kelas hari tu jugak.

Malam tu kalut aku cari baju sekolah warna putih sebab baju sekolah agama Humaira tu kaler biru. Nak cari brand Canggih semua kedai tak jual. Stress pulak aku. In the end, terpaksa beli brand lain. Itulah reason  nak masukkan Humaira next week sebab nak prepare baju sekolah dia.

Tapi kalau nak senang, tak nak pergi JPN 2 kali macam aku, terus bawak siap-siap dokumen asal dan 3 salinannya yang telah disahkan dan pergi JPN. Kat sana just isi borang je dan terus hantar. Settle!
Takyah dua tiga kali ulang-alik.

Semoga entry aku kali ini bermanfaat.

Thanks for reading!