Latihan Industri : RPW

Dah genap sebulan dah aku berpraktikal. Alhamdulillah. Perasaan semua bercampur baur, suka, sedih, happy, gembira, kecewa, geram, benci dan banyak lagi. Biasalah mainan perasaan di bulan puasa ini hekhek!

Okay, sepanjang aku praktikal dekat sikit banyak benda yang aku dah belajar. Oh ye, aku berpraktikal dekat Jabatan Pertanian Negeri Kelantan (JPKn). Yang bestnya dekat sini 80% adalah field iaitu kerja luar dan hanya 20% sahaja kerja-kerja dalam pejabat. Tapi dia ada banyak unit-unit. Depends pada unit juga peratusan kerja itu.

First sekali, aku ditempatkan di unit perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan. Dan unit ini sangat banyak keluar ke lapangan. Main dalam kebun-kebun orang biasa ah tu kekeke.

Di unit ni, aku juga belajar pasal penyakit pada tumbuhan. Yelah, dah namanya perlindungan tanaman kan.
Unit ini ibarat doktor. Pergi check pokok yang bermasalah. Check penyakit dia semua. Lepas tu bagitahu macamana nak prevent penyakit tu semua.

Aku pon banyak ikut dorang keluar. Best sebab boleh pakai seluar track pastu kasut. Macam budak sekolah yang ada PJ  hari tu hahaha!

RPW adalah penyakit tumbuhan yang agak baru dan femes. Eh, tapi dia bukan penyakit tapi penyerang membuatkan pokok itu sakit.

RPW adalah singkatan bagi Red Palm Weevil, kumbang berwarna merah yang jahat kekeke. Mana taknya, dia boleh membuatkan pokok keluarga palma mati dengan memakan tisu-tisu batang.

Dia hanya menyerang pokok keluarga palma macam kelapa, kelapa sawit dan kurma. Oh, kumbang ini dibawa dari luar negara. Aku lupa dah negara apa tapi yang pasti negara ini mengimport kurma masuk ke Malaysia. Kumbang ini ikut mai sekali dan buat tahik kat tempat orang! *bahasa rempit yow*

Sebab  itu kawalan dekat sempadan negara ketat bila nak membawa masuk barang pertanian. Aku pernah ikut depa pergi Rantau Panjang untuk check barang-barang pertanian yang dibawa masuk dari Thailand. Eh, yang tu aku cerita lain kali lah. Kalau rajinlah kenn. Nampak dah tu kan dasar pamalas haha =p.

RPW ini penyakit baru dan belum ditemui ubat yang mujarab bagi mengubatinya. Setakat ini bagi pokok yang diserang RPW akan disuntik dengan racun. Dekat Kelantan RPW ini banyak menyerang pokok kelapa. Kelapa sawit aku tak pastilah pulak.
Pokok yang disuntik dilarang sama sekali di ambil hasilnya dalam tempoh 6 bulan. Lama giler kan. Kesian petani :’(

 

Inilah binatangnya RPW

 

So bagi siapa-siapa yang ada pokok kelapa, bila tengok ada kumbang camgini haruslah mengambil langkah berjaga-jaga. Kemungkinan pokok kelapa anda diserang RPW yang evil!

Kumbang ini bertindak bertelur di dalam batang pokok. Dan telur itu menjadi lava. Lava inilah yang memakan tisu-tisu pokok menyebabkan batang pokok akan berlubang dan pokok akan mati. Sesungguhnya tiada ubat bila pokok dah berlubang. Dan pokok yang kronik diserang RPW terpaksa ditebang dan dibakar bagi membunuh RPW berserta lava-lavanya sekali.

RPW ini senang berjangkit kepada pokok-pokok lain. Yelah nama pun kumbang dia boleh terbang. Sebab itu pokok kelapa tidak boleh ditanam rapat-rapat. Kena ada jarak di setiap pokok berapa entah aku dah lupa hekhek!

Hari itu kiteorang (budak praktikal) mengikut staff unit kiteorang pergi menebang pokok kelapa yang sudah kronik diserang RPW. Kesian tok penghulu bila ladang kelapa dia diserang RPW. Daripada 90 batang pokok kelapa, hanya suku sahaja yang belum diserang dengan teruk tapi sudah menampakkan simptom-simpton serangan RPW.

 

Ini adalah pokok kelapa yang ditebang kerana sudah kronik.
Memang susah nak prevent kalau dah jadi camgini.

 

Ini adalah lava. Dia yang bertanggungjawab melubangkan batang pokok kelapa.
Kami tangkap dia bersama ibunya, si kumbang evil
=p

 

Lava dalam batang pokok kelapa yang ditebang sangat banyak dalam batang pokok sampai bos aku pun terkejut.
Tak pernah dia melihat lava RPW sebanyak ini. Sebenarnya lava RPW banyak lagi tapi tu je yang sempat snap gambar sebab teruja banyak sangat lava dia dalam batang pokok  hikhik!

 

Pokok yang betul-betul dah kronik.
Lava RPW telah memakan tisu pokok kelapa ini dari bawah sampai atas.

 

Agak thrill aktiviti ini bila didapati sang ular sedang berseronok bersemanyam di dalam lubang batang pokok kelapa yang ditebang  itu. Mengejut dan menakutkan. Aku bertempiaran lari wakaka.

 

Bye-bye!