2014.

Assalamualaikum!

2014,
Kehadiran mu dinanti penuh debaran
Kedatangan mu disambut penuh kemeriahan
Mengharap sinar, harapan dan senyuman

Namun siapa sangka,
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran

Mac 2014,
Perginya MH370 tanpa berita
Perginya penuh tanda tanya
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak
Perginya meninggalkan 1000 tanda tanya

Feb - Apr 2014,
Empangan kami kering
Alam tidak sudi memberi kami air
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya
Mengajar kami untuk tidak membazir

Tidak cukup dengan itu
Alam seolah-olah memarahi kami
Jerebu menduga kami
Seksanya hidup menyedut udara kotor
Mungkin dari kesilapan kami sendiri

Julai 2014,
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa
Hati kami bagai direntap
Perginya MH17 tidak kembali
Kami terduduk
Menangisi dan meratapi perginya MH17
Seolah-olah orang tersayang yang berada di sana

Satu persatu KAU bongkarkan

Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa,
Si anak menjadi mangsa
Kebocoran soalan UPSR
Menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa

Disember 2014,
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi
Air yang membawa kemusnahan
Meruntun hati kami
Namun kami tahu
Ada ganjaran disebalik air,
Dan kemusnahan itu

Kini,
Perginya saudara kami QZ8501
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17

Al-Fatihah

Kami tahu,
Betapa KAU sayangkan kami
KAU hantarkan petandaMU
KAU hantarkan petunjukMU
KAU hantarkan ujianMU

Supaya kami mengigatiMU
Supaya kami tidak lupakanMU

Mungkin selama ini telah KAU hantarkan petandaMU kepada kami
Namun,
Tetap jua kami buta,
Buta dalam menilai cinta agungMU

Kami alpa kepadaMU
Kami jauh dariMU
Kami kejam dengan bumi.
Kami abaikan saudara kami
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami

2015,
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami
Bawalah air mata mu 2014
Pergilah bersama deritamu 2014
Bersihkanlah kesan hitammu 2014
Kami pasrah
Kami redha

Tuhanku ya Allah
Terima kasih atas kasih sayangMU

MH370,
Kami masih menantimu,
Pulanglah!
Harapan kami padamu masih menggunung

MH17, QZ8501,
Kami harap kamu tenang di sana

Buat mangsa banjir,
Tabahkanlah dirimu
Kuatkanlah hatimu
Teguhkan imanmu

Terima kasih 2014,
Atas semua pengajaranmu
Mengingatkan kami agar sentiasa bersyukur
Mendekatkan kami kepada Mu,
Maha Pencipta kami

Selamat tinggal 2014!

Ps: Aku copy paste dari facebook dan edit sesikit
Ps: 2014, banyak kali air mata aku menitis

Randoms #2

Assalamualaikum!

Dah nak masuk tahun 2015 bulan depan. Rasa sekejap je masa berjalan. Humaira pon sikit hari lagi nak masuk setahun. Tak sabar yeay!

Maka, bermula lah penanaman azam untuk tahun depan yang mana azam untuk tahun ni pon entah ke mana-mana dah 😆. 

Yang aku sangat excitednya adalah tak sabar nak tunggu Humaira boleh jalan. Nak bawak dia jalan-jalan guna 'kaki' sendiri. Sekarang dia belajar mengimbangkan badan. Kadang-kadang berjalan 2-3 langkah pastu jatuh.
Hari tu dia cuba berdiri, entah macamana entah jatuh terduduk. Nangis kuat giler. Aku ingatkan apa laa sebab biasanya dia tak nangis pon kalau jatuh camtu. Bila jatuh dia akan try berdiri balik. Tapi rupa-rupanya tengok lidah dia berdarah, terkena gigi. Alahai anak, kesiannya.

Kedua, aku sangat teruja nak masuk rumah baru. Alhamdulillah. Tengok rumah dah banyak siap. Tiang api pon dah pasang. Boleh start decide nak warna apa, kitchen cabinet yang macamana etc. Yang aku paling seronok nak buatnya adalah kitchen cabinet dengan mini library. Biasa la stesen mak-makkan. Wohooo can't wait! 


Haritu pergi survey dekat IKEA. Berkenan giler dengan bookshelf camni. Budget nak isi cooking books dan novel hewhew. 

Oh, time big bad wolf hari tu, banyak jugak la buku-buku yang aku beli.


Ni buku aku punya kecuali yang atas tu, hubby punya. Banyak-banyak buku yang dijual tu je dia beli, dah la paling kecik. Kutuk aku HAHAHA. Client dia ramai chinese, tu yang bajet kena tahu sikit-sikit  bahasa chinese. Lagipon dia pon muka dah macam chinese. G mana-mana ramai tanya "eh, you chinese ke?" Hahaha.

Aku pulak banyak beli buku masakan. Harap-harap la aku boleh cover mentelaah semua. Mak-mak sangatkan.hahaha. Bukan setakat mentelaah saja tapi memasaknya juga ekekeke.

Kalau ada resepi yang best-best, simple dan sedap, insyaAllah nanti aku akan tulis resepinya ok. 

Big Bad Wolf.

Assalamualaikum!


Finally, we are here! Yeayyyhh!
Time to borong buku banyak-banyak. Rambang wohh mata tengok buku banyak. Tak semua corner aku sempat jelajah. 

Yang penting, buku-buku untuk Humaira dan cooking books untuk aku. 


Antara buku untuk Humaira. Comel giler kan? 😍
Mama harap Humaira menjadi seorang yang suka membaca. 


Jangan risau lambat lagi habisnya.
Harga buku sangat-sangat berpatutan.

Jom pakat serbuuu! Eheeee


Ambik Berat.

Assalamualaikum!

Kadang-kadang orang kita ni suka ambik berat. Kadang-kala terlalu berat yang diambiknya. Huahua. 

Soalan biasa.

Bila tak kahwin lagi.
Bila nak kahwin?

Bila dah kahwin.
Bila nak ada anak?
Eh, tak mengandung lagi?

Bila dah ada anak.
Bila nak tambah?
Kakak/abang nak adik tuu.

Bila anak dah besar.
Bila anak nak kahwin?
Bila nak ada menantu?

Bila anak dah kahwin.
Bila nak ada cucu?

And cycle begin. Pfffftttt!

Bila nak habis ntah. Banyak betul soalan. Kadang-kadang aku sendiri tak terjawab.

Humaira dah besar. Nak adik dah tu.

Aku rasa diaorang lebih tahu daripada aku. Aku sendiri tak pernah fikir bila nak ada anak kedua. Semua aku serah pada Allah. Kalau ada rezeki, ada laa.
Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan.

He is the best planner ever.

Bila ada orang tanya soalan-soalan macam tu, geram pulak aku nak jawab,
Dah tu, ko bila pulak nak mati?

Wkwkwkwk!

Mati pon kita tak tahu bila. Begitu juga dengan jodoh dan rezeki. Memang kita takkan tahu bila, bila dan bila.

Bertanya tu tidak salah. Soalan-soalan yang ditanya tu kadang-kala bermasalah. So, keep calm and don't hurt others with sort of that questions k *smile*