Randoms #1

Assalamualaikum!

1. Aku sedang syok layan lagu dalam kereta. Muzik dah ok, layan. Tiba-tiba ada lirik,

Mana mungkin, selimut tertanggal...

Huh?! Pekebenda ni. Selimut tertanggal? Terkedu. Ke aku yang salah dengar. Try dengar sekali lagi time dia ulang. Aah laa. Selimut tertanggal? Tertanggal?? 😅

Ke ada maksud dia? Siapa orang indon tolong explain pleaseeeee!
#cannotbrainthis

2. Lagu yang selalu ada bermain-main dalam dalam kepala otak aku,

Kalau aku kaya, hari-hari hari raya, bil bil jiran semua, aku belanja selambaa
Kalau aku kaya uwoooo

Can I have your daughter for the rest of my life
Say yes say yes
Cause I need to know

Why you gotta be so rude
Don't you know i'm human too

Dah rasa macam piring lagu berputar-putar dalam otak, mengalunkan lagu  yang sama. Entah apa-apa la aku ni kan.

3. Aku boleh hafal lagu chichi chacha sebab astro selalu ulang tayang citer ni. Selamat tak hafal dance step dia sekali kan wahahaha =). Tensen aku jap. Klakar ok dia punya lagu.

4. Frozen adalah cerita kartun yang aku tak boring tengok. 20 kali tayang, 20 kali lah aku akan tengok. Siap boleh hafal lagi dialog olaf sebab aku suka dia ekeke. Humaira pon suka tengok Frozen. Kalau lagu let it go semangat dia bertepuk tangan bagai ahaha! 
Oh, tadi astro tayang lagi frozen, siap dengan sing along version sekali. Saja la tuuu, nak suruh aku nyanyi sekali.


Sebenarnya aku takleh tido ni. Tu yang merepek meraban. Huwaaaa, stress tengok hubby dan Humaira lena diulit mimpi. Siap berdengkur-dengkur tu tak tahan.

I is jelous =(

Demam.

Assalamualaikum!

Bila anak demam, ibu la paling risau. Risau bila tengok dia tak bermaya, lesu je. Pastu makan pon takde selera. Dok harapkan susu je.

Sepanjang aku bersama Humaira, baru sekali dia demam. Demam naik campak sebab berjangkit dengan papa dia.

Now, kali kedua. Aku syak dia demam sebab nak tumbuh gigi ataupon demam nak pandai berjalan. Oh ye, dia dah pandai bertatih 2 3 langkah dah.

Harap-harap la anak mama ni cepat sembuh yea. Rindu nak bergurau, main kejar-kejar. 

Tips menyimpan taugeh.

Assalamualaikum

Hari ni aku nak share cara menyimpan taugeh atau dikenali juga sebagai kacang cambah (sebab dia mudah bercambah kot 😆). Akukan pengemar char kuey teaw. Taugeh ni merupakan bahan penting bagi aku. Sedap weh kunyah sebab dia macam crunchy gitew. Krop krap krop krap bunyinya ihik!

Hari tu aku pergi la pasar malam. Sibuk nak cari taugeh sebab malam tu berhajat nak masak char kuey teaw. 

"Nak berapa dik?"
"Bagi seringgit kak."

Aku mati-mati ingat seringgit tu sikit. Tapi sangkaanku meleset. Dia bagi 1 bungkus plastik besar. Terkedu kejap aku. Kantoi tak pernah beli taugeh 😅. Bapak banyak oih. Nak buat apa la taugeh bebanyak. Aku tinggal berdua je dengan suami. Oh, masa tu Humaira dalam perut lagi. Kalau kat luar perut pon macam la dia boleh makan 😂.

Aku nak guna sikit je time masak nanti. Yang selebihnya nak buat apa nanti. Pikir aku sendiri. Lepas aku guna segenggam taugeh, yang lain aku simpan dalam peti. Sayangnya esok semua taugeh aku lembik dan berbau. Aku pon berbaur penyesalan jugak la sebab dah terbeli banyak 😓.

Ok mukadimahnya agak panjang padahal nak share tip je pon. Bukan apa sebagai pengajaran buat orang yang baru hendak belajar menguasai ilmu di dapur 😆 (aku lettew). Tip ni mak aku yang ajar. Agaknya orang lain dah tahu. Aku je yang baru nak belajar bendalah ni semua ekeke. Malu iols ☺️!

Ok cara dia camni;
1. Basuh taugeh bersih-bersih

2. Masukkan taugeh dalam bekas dan isikan air. Air jangan banyak atau sikit sangat. Agak-agak terendam semua taugeh tu.

3. Masukkan sedikit garam.

4. Tutup bekas dan simpan dalam peti ais. 

Done!

Bila nak guna ambik je dalam bekas tu. Kacangkan. Boleh tahan seminggu dua, insyaAllah. Dan taugeh tu still lagi keras, rangup macamtu. Problem solve! Tiada lagi pembaziran dah. Padahal sekali beli taugeh tiga posen je sekarang. Tu pon rasa dah banyak 😆.

Over tau nak up entry buat tip bagai 😆. Moga bermanfaat untuk semua. Yela, banyak benda lagi yang aku kena belajar pasal ilmu rumahtangga ni ehek!
Doakan aku agar dapat master semua yea. Kalau tak semua, 90% dah ok hehe.

I wanna be a superwomen just like my mother and mother-in-law 😄. They are superb! *hug*

Peredaran Zaman.



Assalamualaikum!

Malam ni aku takleh tido. Sakit perut. Dah berapa kali daa masuk tandas. Salah makan apa, aku sendiri pon tak tahu.
Sesambil tengok hubby dengan anak tido, aku buka la instagram, twitter dan facebook, sebab taknak focus sangat pada sakit perut. Tapi dalam masa tu, belari-lari jugak ke tandas.


Dekat twitter dan facebook, banyak la dok mention pasal cuti sekolah dah nak start dah. Minggu depan. Wall aku dihiasi dengan status-status macam;

Yeay, minggu depan fly ke Eropah. Nak perabis cuti katanya.

Alamak, taun depan dah spm. Tidaaaaak!



Macam-macam lagi la. Tak kurang jugak dekat instagram, meriah dengan gambar-gambar jamuan akhir tahun, gambar dengan cikgu-cikgu kesayangan dan banyak lagilah.

Eh, sejak bila aku friend dengan bebudak sekolah ni. Confius aku jap. Kroih kroih. Ok, satg aku unfriend/unfollow kahkahkah!

Maka, memori aku berputar ke masa zaman di mana aku sekolah dulu. Pehh, budak zaman sekarang, pakai handphone canggih. Boleh access internet lagi. Live update kat intagram jamuan akhir tahun tu. Zaman aku dulu, pakai kamera yang kena cuci filem. Lambat cuci, filem masuk angin, takde la gambar jawabnya haha!

Aku kenal seketul handphone masa aku form 4. Masa tu punya laa bangga dapat pakai handphone. Handphone aku yang pertama adalah nokia 3310. Dulu nokia femes giler. Jarang la tengok orang pakai selain nokia. Entah, atau aku yang noob.

Antara handphone yang femes zaman aku, nokia 3310, n-gage, telefon sabun, daun, butterfly dll lagi yang aku tak ingat. Nama rare ok! Kalau tengok orang pakai handphone sabun ke daun ke, kira hebat sangat la. Kawan pakai telepon daun ke sabun ke, rasa bangga giler kawan dengan dia haha!

Bebudak zaman sekarang, sekolah rendah dah pakai ipad, confius nak pilih nak pakai oppo ke iphone (cilok ayat kat twitter) lol!

Tapi, aku rindu giler zaman dulu. Zaman kejakunan terhadap handphone haha! Sekarang nak jumpa 3310 pon susah.

Yang paling epic, kalau send message dan tetiba takleh send, mesti akan terbalikkan handphone dan message akan send. Kekonon line dia takde. Bila terbalikkan baru bar dia penuh.

Pastu, cover tukar tetiap minggu. Minggu ni kaler pink, minggu depan kaler biru dan seterusnya. Taip message takyah tengok keypad pon sebab dah hafal huruf-huruf dia. Sekarang mana boleh dah sebab pakai touch screen. Sesambil tengok keypad pon boleh typo sebab tangan besar daripada keypad hahaha aku la tu.

Semakin moden zaman, semakin canggih peralatannya. Yes, tapi berdasarkan pemerhatian aku, bebudak yang expose pada internet memang bawak pengaruh yang tak baik (kebanyakkannya). Dan aku sangat bimbang, sebab aku punya anak dan akan dibesarkan pada zaman moden ini huhu.

Okay kesimpulannya, aku sangat rindu zaman aku tu dulu. Zaman mostly bebudak sekolah noob, tak tahu apa-apa pasal internet. Yang tahu, g sekolah, belajar, bermain dan minta biodata kawan yang akan ditulis pada buku yang dihias cantik-cantik.


Oh, rindunya aku 😭

Thinking.

Assalamualaikum

Kadang-kadang aku terfikir, 
Bestkan jadik baby. Hidup dalam dunia dia sendiri. Main-main. Lapar, nangis. Mengantuk, nangis. Minta perhatian, nangis. 
My dear, mama know you! Ehehehe

And mama? Fikir.
Esok nak masak apa. Pagi? Lunch? Dinner?
Baju. Basuh. Jemur. Angkat dan lipat.
Humaira nak makan apa?
Bubur nasi? Puree buah. 
Mandikan Humaira.
Tukar pampers.
Dodoikan dia.
Mama's time? No moreeeee! *cry*

Ahahahaha. Critical thinking. Yes, i am!

Thanks to hubby. Sebab selalu tolong 😘