Fasa Baru.

Perasan tak entry dulu-dulu dah takde? Silalah cakap perasan agar aku tak perasan sensorang ekeke Nyah-Nyah.

Aku dah masuk fasa baru iaitu, menjadi seorang ibu. Alhamdulillah. Sebab tu aku delete post lama-lama yang entah apa-apa punya entry. Malu pulak bila baca balik hehe. Kira blog ni start balik la. Kalau ikutkan kiranya dah lama blog ni, tahun 2010 aku mula berblog. Diharapkan entry aku lepas ni banyak manfaat pada semua orang.

Pada 11/12/2013, lahirnya seorang puteri kecik dalam hidup aku, diberi nama Humaira Zahra sekaligus mengubah status aku menjadi seorang ibu. Sebenarnya due dia lambat lagi, 31/12/2013, hujung tahun. Ramai cakap “alaaa..bulan 1 tu keluar” tup tup awal lagi hehe. Tarikh nak cik ta sangat haha!

Sebenarnya, first time aku tahu aku pregnant, sungguh rasa tak ready giler huhu. Bayangkan dukung baby pon aku tak berapa nak pandai apatah lagi nak handle baby sendiri (mandikan, basuh berak etc). Tapi aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Now, aku dah boleh handle semuanya tapi takdelah expert sangat hehe.

Dalam pantang, aku tak berani nak mandikan Humaira. Mak aku je yang mandikan. Aku tengok je dan belajar. Yelah, lagipon masa tu Humaira kecik lagi. Tubuh dia lembik lagi. Lagipon, baru-baru ni jahitan dekat luka tu terasa sakit lagi. So takleh nak gerak-gerak sangat, takut jahitan terbuka. Tapi dekat-dekat nak habis pantang, aku dah try mandikan tapi di bawah pengawasan mak. Sebab lepas habis pantang aku terus balik Kuantan, means aku sorang la yang kena mandikan. Kalau dekat kampung aku bergilir-gilir dengan mak aku time aku malas hehe.

First time aku mandikan Humaira time umur dia 37 hari. Alhamdulillah Humaira ni jenis baby yang keras. So, takdelah gerun sangat nak pegang. Tau lah kan baby ni badan dia licin. Tambah-tambah lagi bila sabun.

Sekarang time paling seronok adalah time nak mandikan dia. Sebab Humaira ni jenis tubuh panas, macam aku, so sukalah dia dengan air. Tak sabar nak tunggu dia besar sikit nak bawak g main air dekat pantai, sungai takpun dekat waterpark hehe.

Humaira Zahra mula-mula lahir. Baru lepas keluar labour room ni. Kecik cinonet je. Walaupun dia lahir tak cukup minggu, Alhamdulillah tubuh dan organ dalaman dia dah matang. Rambut dia lebat sangat. Tapi dah kena botakkan. Sekarang tengah tunggu rambut dia nak panjang balik. Tak sabar nak ikat tocang hehe.

Bercakap pasal bersalin, sebenarnya aku masih lagi trauma huhu. Masih terasa lagi sakit kena gunting hidup-hidup tu huhu ngeri bila ingat balik. Bagi aku masa jahit tu takdelah sakit sangat, maybe sebab masa tu aku dah lali campur letih. Yelah, semalaman aku tak tidur dok menahan contraction huhu.

Terima kasih sangat-sangat buat suami sebab sentiasa ada di sisi time aku sakit. Siap tidur dalam kereta lagi sebab di wad tak dibenarkan menunggu. Terharu sangat-sangat huhu. Bagi sokongan time aku dalam labour. Dah macam pom pom girl dah dengan staff nurse semua ketika bagi sokongan haha! Love you ketat-ketat!

Aku banyak belajar cara penjagaan baby dengan mak aku. Walaupon remeh tapi takleh nak ambik mudah. Baby ni kan sensitif. Kena jaga betul-betul. Nanti lah aku cerita, kalau ada masa dan rajin hehe. Ni Humaira tengah tidur. Tu yang boleh nak menaip.

 

Humaira sekarang dah 2 bulan lebih. Gegau gambar tang tangan sebab tangan dan kaki dia sangat aktif. Bergerak je, macam orang nak berenang pon ada, nak terbang pon ada hehe.

Itulah serba sedikit tentang fasa hidup baru aku sekarang hee. Alhamdulillah sangat bahagia, senang dan happy menjaga dan melayan karenah puteri kecik aku ni.

 

Semoga kamu membesar dengan sihat sejahtera anakku, menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia dan menjadi penyejuk hati mama dan papa di dunia dan di akhirat kelak. Amin Smile