Saya.

Assalamualaikum!

Humaira sekarang dah pandai menggunakan kata ganti diri pertama iaitu; saya.

“Mama, saya nak makan nasi dengan telur”

“Mama, saya nak minum air”

“Mama, saya nak tengok Didi”

“Mama, saya nak mandi”

“Mama, saya nak susu”

“Saya nak ikut papa pergi kerja”

Itu lah di antara ayat percakapan dia hari-hari.

Speechless aku kejap. Kat mana la dia belajar membahasakan diri ‘saya’.

Kakak Malu la.

Assalamualaikum!

Aku tengah baca buku, Humaira tengah tengok tv. Tiba-tiba,

"Mama kakak malu la" Kata Humaira.

"Kenapa kakak malu pulak?" Tanya aku pelik.

"Sebab kakak kecik lagi."

"Hah?"

"Sebab kakak kecik lagi la!" Dengan nada tegas. Lepas tu dok ulang ayat yang sama 😂

Apa la yang dia sedang fikirkan agaknya 🤔