Aku dan Blog.

Assalamualaikum!

Dah lama jari ini tidak menaip, kekok pulak rasa hihi.

Being mother of 2 babies (yeah, they will be my baby forever) isn’t easy. Sangat sibuk!

Kenapa sibuk?

Sebabnya sorang (si kakak) sedang mengalami fasa exploring/penerokaan. So semua bendaaaa dia nak sentuh, ambik dan main. Bukak almari lepas tu terpegun dengan kain yang dilipat cantik dan tinggi, dia akan ambik satu-satu, konon nak susun balik lepas tu terbalik kain aku. Aku? Menangis dalam hati saja. Kadang-kadang jadi monster jugak haha!

Honestly, aku sedang belajar untuk tidak marah, control aku punya temper. Sebab bila aku muhasabah balik, dia kecil lagi, tak faham lagi tentang sepah, kemas. So, bila aku fikir balik, pehal aku marah sorang-sorang ni. Buat bad mood aku jee. So, aku teruskan dengan aura positif tapi kadang-kadang terbabas jugak. Im so sorry Humaira (T__T)

Si adik pulak, tengah fasa merangkak. Yang ni kena selalu perhati. Mana taknya, jumpa tisu aumm makan. Jumpa mainan kakak, aumm makan. Semua benda nak kutip masuk mulut ni. Si Humaira pulak sukaa la letak mainan dia merata-rata. Kalau yang besar takpe, ni stok mainan yang jenis kecik-kecik tu.

Kadang-kadang, aku masuk dapur, letak dia kat ruang tengah, tiba-tiba bunyi menjerit (mintak tolong), rupanya tersepit celah sofa haha! Macam Humaira dulu-dulu. Suka sangat pergi celah sofa.

Eh, tajuk kemain aku dan blog, tapi cerita pasal anak-anak haha! Maaf la sindrom mak-mak kot.

Aku teringin nak update blog selau, tapi kekangan masa menghalangi. Nak cerita holiday kitaorang la, pasal perkembangan anak-anak la, masakan la dan macam-macam lagi. Kira nak buat blog ni macam journal la *konon*
Tapi bila bukak je komputer mula la dak Humaira mengendeng kat tepi,

“Mama, nak alif ba ta sekejap”

“Mama, nak youtube sekejap”

Last-last aku tutup komputer haha!

Dak Husna pulak, meraung tengok mama takde kat tepi. Adeh.

Dulu aku update blog via phone je tapi sekarang aplikasi blogger dah takde kat IOS. Kenapa eh? Tu yang susah sikit nak update sebab kena bukak komputer. Kalau dengan phone, senang angkut sana-sini. Sambil menyusu Husna pon boleh update. Kalau dengan komputer banyakkk halangan. Mana taknya, mula-mula check email lepas tu nampak lazada hantar diskaun coupon, mula lah melagha kat web lazada muahahaha!

Ok, serious balik. K!

Kalau boleh nak update isi-isi yang berilmiah sikit. Ni main-main je. Malu kat anak-anak bila besar, baca blog mama dia ni haa.

“Mama, kenapa entry mama macam ni?” Naya aku nak jawab nanti haha!

 

Nahh, tempek gambar budak berdua tu,

 

Humaira macam biasa, tak suka sikat rambut. Tapi sekarang rambut dia dah pendek dah. Aku potong pendek sebab serabut sangat. Dah la tak suka shampoo rambut. Menangis macam kena dera kalau aku shampoo rambut dia. Ikut perangai sapa la ni hihi

 

Ok la, setakat ni dulu lah coretan/bebelan aku. Husna dah nangis nak susu. Bye!

Thanks for reading!

Saya.

Assalamualaikum!

Humaira sekarang dah pandai menggunakan kata ganti diri pertama iaitu; saya.

“Mama, saya nak makan nasi dengan telur”

“Mama, saya nak minum air”

“Mama, saya nak tengok Didi”

“Mama, saya nak mandi”

“Mama, saya nak susu”

“Saya nak ikut papa pergi kerja”

Itu lah di antara ayat percakapan dia hari-hari.

Speechless aku kejap. Kat mana la dia belajar membahasakan diri ‘saya’.

Kakak Malu la.

Assalamualaikum!

Aku tengah baca buku, Humaira tengah tengok tv. Tiba-tiba,

"Mama kakak malu la" Kata Humaira.

"Kenapa kakak malu pulak?" Tanya aku pelik.

"Sebab kakak kecik lagi."

"Hah?"

"Sebab kakak kecik lagi la!" Dengan nada tegas. Lepas tu dok ulang ayat yang sama 😂

Apa la yang dia sedang fikirkan agaknya 🤔

BoboiBoy The Movie.

Assalamualaikum!

Semalam aku sekeluarga pergi tengok BoboiBoy The Movie. Asalnya nak tengok rabu lepas, tapi tiket semua sold out. Betapa kuat tak kuat penangan BoboiBoy ni kan. Tambah-tambah lagi minggu ni musim cuti sekolah kan. Hari rabu pulak, tiket murah. Belum beratur beli tiket lagi, dorang dah tulis notis tayangan BoboiBoy hari tu dah penuh. Semangat bukan main keluar rumah awal. Dah la dapat parking betul-betul depan pintu mall. Rugi je. Last-last hubby tempah melalui online je. Senang!

 

 

Sesiapa ada anak kecik confirm akan layan kartun BoboiBoy ni. Humaira pon suka tapi dia lagi suka kartun Upin Ipin. Mungkin BoboiBoy ni banyak aksi sangat. Tapi lagu kemain dia hafal.

Sebenarnya, ni first time aku bawak Humaira masuk pawangam. Risau jugak takut dia buat hal. Budak-budak kalau dah boring mula la nak bertantrum kan. Dah la masuk-masuk tu suasana gelap. Selamat dia ok je. Beli siap-siap sweet corn favourite dia.

Tak dinafikan memang penuh pawangam. Kanak-kanak ramai. Dah memang cerita level dioarangkan. Mak ayah layankan aje, tambah-tambah lagi semalam malam minggu.

 

Sangat ramai semalam. Tapi dengar cerita tayangan movie BoboiBoy memang sentiasa penuh.

 

Humaira muka malas nak layan. Sebelum masuk hall minta dia posing dulu tapi dia macam takde perasaan hihi

 

Humaira in pyjama hehe. Aku ada bawak sweater dia in case dalam pawangam tu sejuk tapi sangkaan aku meleset. Panas je dalam tu sampai aku berpeluh-peluh. Humaira apatah lagi, berpeluh habis. Tapi, bukankah biasanya dalam pawagam sejuk? Erm…

 

Last posing sebelum masuk hall. Buat gaya muka comel hehe

 

Overall, movie ni best! Tapi Humaira takde la focus sangat maybe banyak sangat aksi. Dia tak berapa faham sangat. Dia sibok duk makan sweet corn dia haha!

Siapa yang layan kartun ni memang tahu kartun ni ada sense humor dia tersendiri. Watak yang paling kelakar Cikgu Papa dan Gopal. Aku frust sikit sebab watak Tok Aba sikit je scene sebab kalau layan kartun, watak dia pon kelakar hihi.

Kalau dah ramai kanak-kanak kan memang ada la dengar dorang memangis. Tapi sejujurnya aku tak rasa terganggu pon sebab aku sendiri ada anak kecik. So, dah tahu kalau mereka mula bertantrum. Maybe sebab semalam dalam hall panas. Ada yang bawak baby, baby tak selesa. Ada yang pakaikan jaket tebal-tebal lagi.

Tayangan start dalam pukul 8.30 malam habis dalam pukul 10 lebih macam tu. Waktu tidur dorangkan. Humaira pon dah lali mata, tapi dia takleh tido sebab panas. Selamat dia tak merengek kuat-kuat hihi! Masuk kereta, terus KO. Tidur sampai pagi sampai tak sempat nak tukar pampers. Hasilnya, pampers dia bocor pagi ni. Basuh cadar lagi! Kuikuikui~

Thanks for reading!

Bye!

Susu Kambing Suffy (Suffy Goat, Goats Milk with As-Sunnah Formulation)

Assalamualaikum!

Entry lepas aku ada ceritakan serba sedikit tentang pengalaman aku menggunakan/menconsume susu kambing Suffy. Entry kali ni aku nak ceritakan serba sedikit tentang kebaikan susu kambing suffy.

Stok susu kambing Suffy

 

Kenapa Susu Kambing Suffy dikatakan sebagai Goats Milk with As-Sunnah formulation?

Sebabnya produk Suffy ini telah dibacakan dengan kaedah terapi ruqyah syariah.

Selain itu, susu kambing Suffy diformulasikan dengan tambahan makanan sunnah seperti kurma, madu dan delima. Selain itu juga, ia ditambah baik lagi dengan khasiat prebiotik manna(bakteria baik).

Jadi, susu ini baik bagi kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas dan juga untuk golongan dewasa yang mementingkan pengjagaan kesihatan serta untuk ibu mengandung (memang direkomenkan sangat-sangat)

Susu kambing merupakan produk tenusu yang paling mudah dicerna (selepas susu ibu) kerana saiz molekul dan komposisi yang hampir sama dengan susu ibu. Susu kambing menyediakan lebih 13% kalsium, lebih 25% vitamin-B, lebih 47% vitamin-A, lebih 134% kalium dan lebih 350% niacin daripada susu lembu. Susu kambing juga mempunyai kandungan klorida, tembaga dan mangan yang lebih tinggi.

Kandungan nutrien yang terkandung dalam susu Suffy;

Protein

Membantu dalam pembentukan antibodi

Kalsium

Membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat

Vitamin-A

Penting untuk fungsi penglihatan dan merupakan vitamin larut lemak yang bertindak sebagai antioksidan

Vitamin-B1

Penting untuk otak, untuk mempertingkatkan daya ingatan

Vitamin-B2

Diperlukan dalam pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi, pernafasan sel dan tumbesaran

Vitamin-C

Meningkatkan sistem imunisasi

Vitamin-D

Untuk tumbesaran tulang dan gigi dan juga mencegah otot menjadi lemah

Asid Folik

Makanan otak

Inositol

Memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal level hormon estrogen

Sodium

Mengimbangi cairan dalam tubuh

Potasium

Mengubah gula dan menukarkan ia menjadi tenaga

 

Kalau nak cerita khasiat dia memang banyak.

So, kalau siapa-siapa dekat area Kuantan nak cuba consume susu kambing Suffy ni boleh beli dengan aku, siap COD lagi. Prefer COD area Damansara, Balok, Gebeng dan Beserah. Kalau kat bandar Kuantan pon no hal, boleh je.
Kalau kat luar Kuantan pon boleh tapi tapi kena charge delivery charge la sebab kena poskan.

Kalau berminat boleh drop comment kat bawah atau do whats up me (013-907 2216) atau emel aku,

niknorsazliana@gmail.com

Sekejap je surut stok susu ni dikerjakan oleh Humaira hihi

Thanks for reading! Bye-bye! Open-mouthed smile