Resepi Udang Masak Tiram.

Assalamualaikum!

Mula-mula masuk bulan puasa itu hari, aku bersemangat nak masak itu ini yang special untuk juadah untuk berbuka puasa. Tapi bila dah nak masuk tengah-tengah bulan puasa, rasa ya Allah malasnya nak masak. Letih pon ada jugak. Jadi, aku masak benda yang simple. Senang. Cepat pon cepat

Aku nak share resepi udang masak tiram yang aku buat ikut suka hati. Main campak-campak je sebenarnya. Tak kuasa ah asyik buat udang masak merah je. Aku dengan sambal tak ngam. Selalu tak menjadi kalau aku masak sambal. Geram betul!

Resepi Udang Masak Tiram

Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang holland
Sedikit halia
2 sudu besar sos tiram
1 sudu sos cili
Telur
Sedikit air (optional)
Udang
Garam
Serbuk kunyit
Gula (optional)

Cara-cara:
1. Udang yang dibersihkan diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.

2. Bawang putih dan halia dipotong halus. Bawang holland dipotong besar (kalau nak potong halus pon boleh juga)

3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia.

4. Apabila naik bau, masukkan sos tiram dan sos cili. Kalau pekat, boleh masukkan sedikit air. Kalau nak sedikit berkuah, boleh masukkan banyak air.

5. Masukkan bawang holland. Kacau rata.

6. Masukkan udang.

7. Masukkan telur dan kacau rata.

8. Masukkan sedikit gula. Sedikit je sebab udang dah manis. Sebenarnya, tak masukkan pon tak apa.

DONE!

Tambahan:
- Kalau suka boleh masukkan sayur seperti bunga kobis, brokoli, carrot

- Kalau suka pedas, boleh letak cili

- Potong daun bawang/daun sup pastu tabur atas udang.

Sebab aku bangsa yang tak makan sayur, aku tak letak  padahal malas nak potong sayur wkwkwkw!
Telur tu buat kuah dia rasa berlemak gitew. Garam takyah letak masa masak sebab dah perapkan dengan udang.

Senang dan simplekan? Aku guna bahan yang ada kat dapur je. Oh, resepi ni aku buat untuk 2 orang. Kalau nak buat banyak, pepandai la adjust kuantiti bahan-bahan yea. Jadi, inilah hasilnya.



Haaa, tengok tak menarik lansung sebab aku malas aku deco potong daun bawang tabur atas tu semua. Walaupon, rupamu tak lawa tapi rasamu sedap. Makan dengan nasi panas fuhhhh heaven ok!

Selamat mencuba!

Kulit Kayu Manis.

Assalamualaikum!

Tengah masak sorang-sorang tadi, tiba-tiba tersengih sorang diri bila tengok kulit kayu manis. Kenangan lama terimbau. Nampak sangat masak tak fokus lepastu stress sebab kari warna dia macam tak kari sangat sebab cair. Stress akak!

Aku ada tiga beradik. Kakak, aku dan adik. Adik aku ni kesukaan dia lebih ke arah kecantikkan. Suka melawa, kalau nak keluar pastikan baju seluar bergosok haaa dia camgitu. Aku dengan kakak aku stail rilek je. Aku pulak ikut hormon. Kalau dah datang angin nak melawa, haaa siap la ko! Tak menyempat. Hubby balik kerja terus ajak pergi watson sebab nak beli moisturizer sebab rasa muka kering. Lepas pakai dua kali, terus malas lepastu sedekah kat kakak aku haha!

Tapi sekarang ada anak kecik, tak sempat nak melawa. Pakai bedak compact je time nak keluar. Tu pon anak duk tarik-tarik baju dah nak suruh dukung. Tak kuasa nak melawa, kadang-kadang aku keluar dengan bared face je.
Bila balik rumah mertua segan la jugak sebab kakak-kakak dan adik ipar melawa hewhew.
Tapi aku melawa nak pergi mana setakat jaga anak kat rumah je. Badan pon asyik berpeluh je dok buat kerja rumah hehe.

Masa remaja belia dulu, aku rajin la amalkan cara tradisional untuk kecantikkan macam letak daun bunga raya kat rambut dan pakai bedak sejuk. Selalunya benda camgini adik aku akan join. Kakak aku takde sebab time tu dia belajar kat matrikulasi. So, aku dengan adik aku je biasanya.

Masa aku remaja dulu, muka aku, ya Allah bersepah-sepah jerawat. Aku pulak ada satu habit buruk iaitu suka picit jerawat dan white head. Lalu, tinggallah parut yang dalamnya semacam perigi. Masa muda jiwa tengah gelojoh kan. Bila dapat picit white head lepas tu ia keluar size yang sebesar alam, rasa bahagia giler. Lagi teruja aku nak picit semua white head kat muka wkekek!
Bila dah besar, muka tinggal kawah padan muka ko! Menyesal kemudian hari tidak berguna.

Salah satu petua nak hilangkan parut jerawat secara tradisional ialah dengan menyapu serbuk kulit kayu manis kat parut. Aku pon gigih la tumbuk kulit kayu manis yang seketul tu nak dijadikan serbuk. Lepas tu bancuh dengan air then tempek kat muka. Mula-mula pakai tu ok, lepas beberapa minit, bila bancuhan tu kering  pedih giler kot muka. Nak nak lagi g tempek kat muka yang parut muda perghhhh rasa la kepedihan yang tak terperi. Kalau parut yang lama takde la sakit sangat, tapi pedih dia takleh discribe macamana. G try ah buat sendiri baru rasa.

Ada sekali tu, time kakak aku balik. Adik aku pon citer la kat kakak aku, "Pedih long letak benda ni."
Kakak aku buat muka kerek, "Yeke?"
"Meh aku letak kat muka ko."
Masa adik aku tengah letak tu, boleh kakak aku buat lawak,
"Aduhh, sakit weh sakit. Sakitttt!" Nada nganjing gituu. Takpe kak, ko rasa la lepas ni haha!
Beberapa minit kemudian, kakak aku tiba-tiba menjerit, "Aduhhh, pedih weh pedihh, pedihhh!" Terus dia berlari masuk tandas untuk cuci.
Aku dan adik hanya gelak terbahak-bahak. Padan muka ko kak, nganjing lagi hahahahaha! Sampai sekarang kalau kiteorang bercerita balik, mesti akan gelak. Aku ingat lagi cara dia bangun berlari ke tandas hahaha!

Kesimpulannya, dont judge a book by its cover. Rasa dulu baru komen ok! Hahaha.