Jalan-Jalan Melaka (Melaka Duck Tours).

Assalamualaikum!

Bila dah lama sangat terperuk kat rumah, hubby ajak pergi jalan-jalan. Mulanya nak pergi Langkawi, tapi entah la, aku macam malas la nak kena naik 2 transport, kereta-kapal terbang or kereta-feri. Bila ada anak ni rasa banyak sangat kena angkut. Aku tengok orang lain rilek je travel jauh-jauh bawak anak. Tak berjiwa kental lansung aku ni hihi.

Hubby tanya aku nak pergi Penang atau Melaka? Aku sebenarnya nak pergi Penang sebab terkenankan nasi kandar dia yang marvellous itu tapi sebab pergi cuti hujung minggu je, rasa macam tak berbaloi pulak jalan jauh tapi stay kejap je. Kuantan dengan Penang jauh ok hihi. So, ambik keputusan pergi Melaka je. Dekat pon dekat. Takde la sakit pinggang aku dalam kereta kan.

Kitaorang bertolak pagi jumaat. Sampai dalam lebih kurang pukul 3 camtu. Lewat sikit sebab hubby berhenti tengah jalan solat jumaat. Lepas check-in hotel, kitorang terus gerak ke Menara Taming Sari. Bukan nak naik menara pon tapi excited nak naik kenderaan 2 alam (amfibia) ataupun dikenali Melaka Duck Tours.

 

Ha, ni la dia kenderaannya

Mula-mula dia bergerak atas jalan lepas tu masuk dalam laut. Ni gambar ehsan google. Aku lupa nak snap hari tu sebab kalau aku keluarkan telefon, Humaira sibuk la merengek-rengek nak main phone aku. Stress mak!

Harga tiket dewasa (warganegara) Rm38 dan kanak-kanak (1 – 12 tahun) Rm 22.

Humaira pon dikenakan tiket tau sebab nanti ada seat. Seat dalam tu takde la luas sangat pon kalau nak riba dia. Tapi Humaira boleh tido pulak time masuk dalam laut. Hubby la yang pangku dia. Aku rileks je kuikuikui.

Kitaorang sampai dalam pukul 5 petang camtu, so dapat trip last sekali pukul 6.30 petang. Sebelum nak tunggu tu, kitaorang pon pusing-pusing la area situ, Dataran Pahlawan. Ramai sangat orang sebab musim cuti sekolah kan.

 

Dataran Pahlawan

Dekat dengan area sini kan banyak beca. Dah la dia hias cantik-cantik. Tema Frozen la, Hello Kitty la. Dak Humaira ni pulak obses dengan Elsa dia. Berkejar beca semata-mata nak sentuh patung Elsa tu hehe. Nak naik beca macam tak berbaloi pulak. Harga pusing-pusing situ Rm40 kalau tak silap.

Banyak benda dah ada kat sana. Kalau dulu time aku pergi (tahun 2013), takde lagi Pahlawan Mall dan The Pirate Adventure (taman tema bertemakan pirate). Aku tak pasti pulak harga tiket masuk Pirate Adventure tu berapa. Sebab tak nak masuk tu yang tak ambik tahu.

Kota A’Fomasa pon aku tak jejak. Tengok hujung mata macam tu je. Tak larat nak daki bukit dia. Lagipon aku dah banyak kali pergi, dah tak excited sangat dah.

 

Depan pokok Melaka dan Pahlawan Mall. 2 in 1 gitu

Sempat masuk kejap dalam Pahlawan Mall. Besar tapi takde orang sangat. Maybe sebab orang datang sini nak melawat Menara Taming Sari, A’famosa bukan nak shopping kat mall kan. Kebetulan nak menyambut Christmas, kat tengah-tengah mall tu, diaorang deco pokok Christmas tinggi giler dan bertemakan Doremon.

 

Kat pokok tu, patung-patung Doremon. Geram nak ambik boleh 2 3 ketul Doremon heee

Aku sebenarnya masuk mall ni nak carik toilet, nak membuang apa yang patut. Boleh pulak perut hal time time camgini. Dah pukul 6 sebenarnya masa ni. Nak berkejar kat tempat naik kenderaan 2 alam lagi. Nasib baik la dekat. Tapi semput la jugak. Dah kurang stamina gamaknya kan.

Sampai dekat situ, dah ramai orang duk tunggu Duck Tours tu. Tunggu dalam 15 minit jugak la. Kat tiket dah bagi nombor tempat duduk siap-siap. Senang! Takyah berebut tempat duduk.

 

Sempat lagi wefie. Dak Humaira tengah mengantuk tuu, kejap je dia lengtok

Biasa lah petang kan, jalan agak jammed. Tapi takde la stuck lama pon atas jalan. Seronok sangat sebab dia takde tingkap. Tapi kalau ada anak kecik kena jaga-jaga. Takut pergi terjun pulak kan hehe.

 

Dah nak masuk laut

Kat sini, ramai yang excited. Jakun weh tengok bila dia masuk air. Aku sempat rakam video tapi malas nak post video, berat plak kang blog aku wakaaka!

Time masuk laut ni dah senja. Best sangat tengok sunset dari tengah laut. Dah la aku punya seat tepi sekali dan belakang sekali. Tambah-tambah lagi anak tido. Layan habis. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, syok oi bila ingat balik.

 

 

Lama jugak dia berada kat laut. Sejam lebih kenderaan ni bergerak. Tapi kalau traffic tak heavy sangat dalam sejam je aku rasa. Kenderaan ni sebenarnya digunakan waktu perang. Time bila aku tak pasti sebab waktu penerangan, aku tak dengar sangat. Sebab takde tingkap, bunyi bising kat luar menenggelamkan suara narator, aku dah la duduk belakang sekali. Layan pemandangan kat luar lagi syok.

Bagi aku, memang berbaloi la naik bendalah ni. Bila lagi nak merasa naik kereta 2 alam. Tapi ni maybe first and last. Bila dah naik sekali, tahap keexcitedan aku dah berkurang bila nak naik kali kedua. Tapi ok la sekadar nak kutip pengalaman.

Lepas tu, aku teringin nak pergi Jonker Walk. Dulu, time datang tak sempat nak pergi. Hubby layankan saja. Berjalan kaki je ke Jonker Walk. Dekat je. Dah masuk ,magrib dah time tu. Selamat boleh solat jamak.

Meriah sangat Melaka time malam. Ramai tourist. Beca pula banyak, lepas tu diaorang hias cantik-cantik dengan lampu liplap bagai. Siap dengan lagu lagi.

Kami menyusuri Sungai Melaka sesambil tengok Cruise. Tak teringin pon nak naik Melaka Cruise sebab dah pernah naik dulu. Lebih kurang 15 minit camtu jalan, sampai la ke Jonker Walk.

Ya Allah, umat manusia tersangat lah ramai sampai nak jalan pon susah, terhimpit-himpit. Aku masuk sekerat jalan je lepastu mintak hubby patah balik. Ye la, malas nak tempuh crowded sangat. Apa yang aku perasan, mostly penjual adalah Chinese, lagi la takde mood aku nak shopping. Lagipon masa tu Humaira tengah tido atas dukung hubby. Lagilah kasihan sebab panas sangat. Dua-dua aku kasihan sebenarnya.

Tapi sempat la aku beli air kelapa yang pure. Dia kupas kulit je, tinggal isi dan air kelapa. Kalau nak minum, cocok je straw dalam isi tu.

 

Haa, camni la rupa dia. I wonder macamana diaorang kupas kelapa ini atau aku yang jakun ekeke

Rasa air dia tak manis pon, biasalah pure kan. Biasa kita minum tambah air gula, tu yang sedap. Tapi isi dia agak keras. Baran jugak la nak makan dia.

Berhenti kejap depan Sungai Melaka sambil tengok Cruise. Selamat banyak kerusi yang disediakan. Lega bila dapat duduk. Humaira bila duduk, terus terjaga. Nampak air kelapa, terus nak. Eh, dia memang suka air kelapa, tambah-tambah isi.

 

Bersemangat dia minum

Lepas tu, takde nak ke mana lagi, terus balik hotel. Tak kuasa nak lepak lama-lama sebab anak pon tak dimandikan lagi. Ampun nak, mandi lewat hari tu. Dekat hotel ada tub mandi. Suka lah Humaira boleh berenang dalam tu. Macam-macam kuak dia pamer. Layan je la. Nak ajak naik punya la susah. Siap berdrama air mata ko.

Esoknya, aku pergi Zoo Melaka. Memang niat nak expose Humaira dengan binatang. Asyik tengok binatang kartun kat tv je. Kena lah tunjuk yang real kan. Kalau ada mood, aku tulis di next entry hihi *mood malas*.

Thanks for reading!

Bye!

Perihal Cerai Susu (Wean Off) dan Susu Formula.

Assalamualaikum!

Humaira baru sahaja masuk 2 tahun (a big yeay! sebab aku rasa lama sangat dia nak masuk 2 tahun haha). Humaira masa baru-baru lahir je dia minum susu formula sebab biasalah first time ibu kan takde ilmu penyususan plus masalah susu takde. Sebab tak nak dia kena kuning, kena kerapkan dia menyusu. So, solutionnya susu formula.

Sebenarnya bila fikir balik, aku rasa bersalah sangat sebab bagi dia susu formula awal-awal. Menyesal tak gali ilmu penyusuan awal-awal. InshaaAllah next baby dah tahu macam mana kan.

Aku cerai susu badan dengan Humaira dah hampir sebulan, maknanya sebelum umur dia masuk 2 tahun. Bila kira balik dia menyusu badan sepenuhnya selama 1 tahun 8 bulan. Ok la tu kan. Diharap baby-baby lepas ni (InshaaAllah) aku dapat menyusukan penuh selama 2 tahun.

Bercakap mengenai wean off ni, mula-mula aku risau sangat. Mana taknya, dengar cerita-cerita orang sekeliling, macam-macam cara dorang buat. Letak ubat gigi la, asam jawa la, ubat cap kapak la dan macam-macam lagi. Sampai demam baby lepas tu. Aku pon duk terfikir macam mana la cara senang nak wean off kan Humaira. Sebab selama ni memang tak pernah ajar dia hisap botol.

Suatu hari tu, kakak ipar aku hantar anak dia bagi aku jaga, sepupu Humaira la kiranya, yang sama baya dengan Humaira. Satu keajaiban berlaku bila Humaira tengok sepupu dia minum botol dia pon nak minum botol sama. Aku pon try la bagi susu sepupu dia tu biar dia rasa. Dan Alhamdulillah dia nak. Aku tak beli lagi susu formula untuk dia. Selamat botol susu dah beli awal-awal. Sejak dari tu, bila dia mintak susu aku akan tanya,

“Minum dalam botol boleh?”

Dia mengangguk nak dan sejak hari tu aku dah tak bagi susu badan. Selamat la dia ok malam-malam tapi nangis dulu la nak tunggu papa dia g bancuh susu. Malam-malam memang tugas papa dia bancuh susu hihi. Sebab dulu kalau dia terjaga tengah malam dia cari aku, gesel-gesel kepala dia kat aku tanda nak menyusu. Sejak aku bagi susu formula dia dah tak gesel-gesel dah. Dia just menangis dan bila bagi susu dia senyap, minum sampai dia tertido balik.

 

Alahai, kesiannya anak, sampai terlengtok-lengtok tido

 

Cerita pasal susu pulak, mula-mula aku try bagi dia susu Dugro, sama dengan susu yang dia first minum, susu sepupu dia. Dia minum ok, tapi sembelit. Aku try buat cair tapi still sembelit. Kesian tengok dia duk meneran, merah muka-muka huhu. Lepas habis 1 pek susu tu (selamat beli pek yang paling kecik), aku try la susu Dutch Lady pulak.

Dia suka je memana susu, Alhamdulillah tak tolak tapi still masalah sama, sembelit. Yang ni lagi dahsyat sebab sampai berdarah time berak huhu. Aku tengok dia menangis time berak, dengan aku-aku sekali menangis huhu. Tapi ni tambah lagi 1 masalah, mulut dia berbau busuk!

Aku bawak la dia g jumpa dentist. Dentist kata gigi dia ok. Punca bau busuk mulut adalah lidah. Memang kalau tengok dekat lidah dia, pati susu tebal ya amat. Mana la tak bau busuk mulut tu. Walaupon aku kerap cuci lidah dia, still lagi bau sebab dia minum susu kan. Aku tekad nak tukar susu sebab kesian tengok dia sembelit.

Lagipon apa yang aku perasan, start dia minum susu formula, pampers dia cepat je penuh. Memang jenuh 4 5 kali tukar pampers. Masa menyusu badan 3 kali je aku tukar pampers sebab lambat penuh. Cepat je pampers dia habis. Kalau aku terlupa nak tukar pampers dia, boleh dia pergi cabut sendiri pampers pastu berlari kat aku sambil tunjuk pampers dia.

Aku berbincang dengan hubby. Hubby cakap dia nak try bagi Humaira minum susu kambing pulak. Lagipon, susu kambingkan susu terbaik selepas susu ibu. Pandai puak yahudi auta mengatakan susu lembu elok padahal dorang pon minum susu kambing. Susu kambing panas la, itu la, ini la. Geram pulak aku hehe.

Kitaorang decide nak bagi susu kambing Suffy. Kitaorang pon pergi la survey kat kedai tapi mostly jual susu kambing Wildan. Aku pon tak tahu kenapa tapi susu kambing Suffy mostly orang jual secara online. So, hubby pon cari lah stokis susu kambing Suffy ni kat area Kuantan.

 

Haa, ni lah susunya. Gambar sumber dari google.

 

Mula-mula, try beli 1 kotak dulu. Manalah tahu kot-kot Humaira reject kan. First time bagi dia minum, Alhamdulillah, dia takde buat muka pelik ke apa. Steady je minum, cepat je habis hihi. Nak tahu serasi ke tak serasi dengan dia, kena tengok najis dia pulak.

Apa yang aku perasan, start je dia minum susu kambing, pampers dia lambat penuh, macam minum susu badan dulu dan apa yang TERSANGAT PENTING *siap bold capslock lagi kau*, bau mulut dia dah hilang, yeay! *lompat bintang*

Tekstur tepung susu kambing ni lagi halus dari susu lembu dia sebelum ni. Kalau dulu, time Humaira nak tido malam aku bancuh susu, pagi esoknya botol susu dia bau masam giler. Tapi kalau susu kambing ni, takde bau pon botol dia. Memang beza sangat. Susu kambing ni bila bancuh susu dia warna putih, tapi susu lembu warna dia putih kuning sikit. Tekstur tepung pon kasar.

Dan rasa susu kambing ni tak hamis lansung. Sesuai peringkat umur. Aku sendiri consume time rajin bancuh haha. Rasa susu dia sedap, manis pon ada. Memang tak hamis pon. Mungkin sebab diformulasi dengan makanan sunnah.

Jeng jeng jeng!

Waktu ditunggu-tunggu pon tiba, Humaira berak!

Alhamdulillah, dia berak dah ok. Tak sembelit. Tengok-tengok dah berak. Syukur sangat sebab dia dah tak lagi menangis, lepas tu berdarah-darah dubur dia. Kita yang dewasa kalau sembelit rasa perit, dia apatah lagi masih baby. Dah la pakai pampers pulak tu kan.

Hari tu aku tengah masak kat dapur. Tiba-tiba dia datang berlari kat aku, pastu pegang kaki. Lepas tu dia cakap kat aku,

“Busuk, busuk!” sambil kemut hidung. Rupanya dia berak haha! Tak tahu lah macamana dia tahu bau busuk tu bau macam tu haha!

Memang tak dinafikan, harga susu kambing lebih mahal daripada harga susu tepung biasa (susu lembu). Tapi kita sebagai ibu bapa, mesti nakkan yang terbaik untuk anak kan. Aku fikir, buat apa nak berkira dengan anak. Diakan amanah Allah kepada kita. Seharusnya kita menjaga dia dengan baik dan berikan yang terbaik untuk dia. Aku tak kisah pon takleh shopping baju ke (sebenarnya dah lama tak shopping baju haha) asalkan makan minum pakai dia cukup. Demi mu anak apa pon ku sanggup, cewah!

Ok, sebabkan aku pon dah try susu ni dan memang aku recommend.

Kalau siapa dekat area Kuantan nak cuba consume susu kambing Suffy ni boleh datang beli dengan aku, siap COD lagi. Prefer COD area Damansara, Balok, Gebeng dan Beserah.

Kalau luar Kuantan pon boleh tapi tapi kena delivery charge la sebab nak pos kan hihi.

Kalau berminat boleh drop comment kat bawah atau emel aku,

niknorsazliana@gmail.com

Down.

Assalamualaikum!

Bila dah jadi mak mak ni, benda paling pening nak fikir hari-hari ialah nak masak apa. Bila tanya Hubby, dia jawab “Masak apa pun tak boleh.”

Pehh, stress kejap.

Last-last goreng ayam je. Benda paling senang haha!

Tapi bila ada mood memasak dan masakan kita tak jadi boleh buat down. Serius!

Aku biasanya stress kalau masak sambal merah. Tak tahu la kenapa aku rasa pelik sangat rasa sambal merah aku. Bila tanya Hubby dia cakap ok je. Sedap je.

Kalau masak kari mesti warna kari aku tak lawa. Warna dia macam cair dan plain.

Serius boleh buat aku bad mood satu hari *nangis*

Esoknya aku mogok tak nak masak. Settle! Gahaha

Nenek Nenek Si Bongkok Tiga…

Assalamualaikum!

Humaira bulan depan dah masuk 2 tahun. Yeay! Lama sangat aku rasa sebab sepupu-sepupu dia dah lama masuk 2 tahun. Yelah, dah sepupu dia lahir bulan 6 dan 7. Humaira lahir hujung tahun nasib la kan hehe.

Alhamdulillah, Humaira membesar dengan sihat walaupon ramai yang tegur kenapa Humaira makin kurus. Kadang-kadang aku panas hati sikit. Yelah, macam nak salahkan aku je tak bagi makan padahal hari-hari aku dok paksa dia makan. Ok, sekarang dia dalam fasa kuat makan. Pagi-pagi dah minta nasi. Pening aku sebab tak masak lagi kan hehe.

Tapi sebab dia aktif sangat, suka lari-lari so dia tak nampak gemuk la. Kadar metabolisme tinggi gitew. So, korang jangan la duk pandai-pandai tegur kenapa anak orang tu kurus macam tak cukup makan. Seorang ibu sensitif tau bab-bab tu. Yelah, sebagai ibu mesti nakkan yang terbaik. Takdenya ibu nak bagi anak dia kebulur lapar huhu. Kalau Humaira makan banyak, kemain happy aku.

Humaira suka sangat tengok kartun Upin dan Ipin. Kadang-kadang stress jugak aku takleh nak tengok cerita aku. Mula lah dia merengek-rengek nak Pin Pin, Pin Pin. So, terpaksa la aku mengalah. Siapa tak sayang anak oi!

Salah satu episod yang dia suka Nenek Si Bongkok Tiga. Suka la dia nyanyi lagu tu. Lepas tu, suruh aku jadi nenek, kejar dia keliling rumah.Masuk round 3, dah pancit aku nak kejar. Sekarang, adik aku ada kat rumah aku sebab dia tengah cuti sem. So, kalau aku malas, dia lah yang kena jadi nenek haha! Tapi kejap je la. Letih woo duk bongkok badan macam nenek pastu kejar Humaira keliling rumah.

Masa pergi mall hari tu, dia dapat belon. So, batang belon tu la yang kena jadi tongkat nenek. Boleh bayangkan tak betapa pendeknya tongkat tu pastu kena kejar dia sambil hentak-hentak tongkat kat lantai. Bila bagi orang tongkat tu, Humaira siap ajar lagi hentak-hentak tongkat tu kat lantai haha! Lepas tu, aku yang sakit pinggang huahua! Kuat betul pengaruh Upin dan Ipin ni kat dia.

Masa bagi tongkat tu, dia akan cakap “Nenek, nenek!”
Maksudnya, kau kena jadi nenek . Dia tak nak jadi pulak. Geram betul aku haha!
Sambil kejar tu, kena nyanyi la lagu nenek nenek tu. Dia pon akan nyanyi sekali hehe. Walaupon ada certain perkataan tak jelas tapi pada peringkat umur dia, dah ok dah pada aku. Nada lagu nenek nenek dah ada dah haha!

Humaira suka sangat kalau orang kejar dia. Contoh, kalau lepas mandi atau tukar pampers, dia akan lari bila nampak aku pegang towel nak lap-lap badan dia. Begitu jugak kalau nak sikat rambut. Puas berkejar dulu baru dapat sikat rambut. Sebab tu la badan tak gemuk-gemuk. Tapi aku tak nak la anak aku gemuk sangat. Takut obes je. Biar aku sorang je yang gemuk *nangis*.

 

Ni la budak yang suka kena kejar. Dan dia suka seorang yang tak suka sikat or ikat rambut.
So, jangan tanya kenapa rambut dia asyik serabai je hihi.
Kalau aku ikat, kejap je nampak cantik dan kemas lepastu dia akan tarik-tarik rambut dia sampai serabai balik huahua letih je aku berkejar nak sikat dan ikat rambut dia Crying face.

Alahai anak oh anak!

Resepi Udang Masak Tiram.

Assalamualaikum!

Mula-mula masuk bulan puasa itu hari, aku bersemangat nak masak itu ini yang special untuk juadah untuk berbuka puasa. Tapi bila dah nak masuk tengah-tengah bulan puasa, rasa ya Allah malasnya nak masak. Letih pon ada jugak. Jadi, aku masak benda yang simple. Senang. Cepat pon cepat

Aku nak share resepi udang masak tiram yang aku buat ikut suka hati. Main campak-campak je sebenarnya. Tak kuasa ah asyik buat udang masak merah je. Aku dengan sambal tak ngam. Selalu tak menjadi kalau aku masak sambal. Geram betul!

Resepi Udang Masak Tiram

Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang holland
Sedikit halia
2 sudu besar sos tiram
1 sudu sos cili
Telur
Sedikit air (optional)
Udang
Garam
Serbuk kunyit
Gula (optional)

Cara-cara:
1. Udang yang dibersihkan diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.

2. Bawang putih dan halia dipotong halus. Bawang holland dipotong besar (kalau nak potong halus pon boleh juga)

3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia.

4. Apabila naik bau, masukkan sos tiram dan sos cili. Kalau pekat, boleh masukkan sedikit air. Kalau nak sedikit berkuah, boleh masukkan banyak air.

5. Masukkan bawang holland. Kacau rata.

6. Masukkan udang.

7. Masukkan telur dan kacau rata.

8. Masukkan sedikit gula. Sedikit je sebab udang dah manis. Sebenarnya, tak masukkan pon tak apa.

DONE!

Tambahan:
- Kalau suka boleh masukkan sayur seperti bunga kobis, brokoli, carrot

- Kalau suka pedas, boleh letak cili

- Potong daun bawang/daun sup pastu tabur atas udang.

Sebab aku bangsa yang tak makan sayur, aku tak letak  padahal malas nak potong sayur wkwkwkw!
Telur tu buat kuah dia rasa berlemak gitew. Garam takyah letak masa masak sebab dah perapkan dengan udang.

Senang dan simplekan? Aku guna bahan yang ada kat dapur je. Oh, resepi ni aku buat untuk 2 orang. Kalau nak buat banyak, pepandai la adjust kuantiti bahan-bahan yea. Jadi, inilah hasilnya.



Haaa, tengok tak menarik lansung sebab aku malas aku deco potong daun bawang tabur atas tu semua. Walaupon, rupamu tak lawa tapi rasamu sedap. Makan dengan nasi panas fuhhhh heaven ok!

Selamat mencuba!

Kulit Kayu Manis.

Assalamualaikum!

Tengah masak sorang-sorang tadi, tiba-tiba tersengih sorang diri bila tengok kulit kayu manis. Kenangan lama terimbau. Nampak sangat masak tak fokus lepastu stress sebab kari warna dia macam tak kari sangat sebab cair. Stress akak!

Aku ada tiga beradik. Kakak, aku dan adik. Adik aku ni kesukaan dia lebih ke arah kecantikkan. Suka melawa, kalau nak keluar pastikan baju seluar bergosok haaa dia camgitu. Aku dengan kakak aku stail rilek je. Aku pulak ikut hormon. Kalau dah datang angin nak melawa, haaa siap la ko! Tak menyempat. Hubby balik kerja terus ajak pergi watson sebab nak beli moisturizer sebab rasa muka kering. Lepas pakai dua kali, terus malas lepastu sedekah kat kakak aku haha!

Tapi sekarang ada anak kecik, tak sempat nak melawa. Pakai bedak compact je time nak keluar. Tu pon anak duk tarik-tarik baju dah nak suruh dukung. Tak kuasa nak melawa, kadang-kadang aku keluar dengan bared face je.
Bila balik rumah mertua segan la jugak sebab kakak-kakak dan adik ipar melawa hewhew.
Tapi aku melawa nak pergi mana setakat jaga anak kat rumah je. Badan pon asyik berpeluh je dok buat kerja rumah hehe.

Masa remaja belia dulu, aku rajin la amalkan cara tradisional untuk kecantikkan macam letak daun bunga raya kat rambut dan pakai bedak sejuk. Selalunya benda camgini adik aku akan join. Kakak aku takde sebab time tu dia belajar kat matrikulasi. So, aku dengan adik aku je biasanya.

Masa aku remaja dulu, muka aku, ya Allah bersepah-sepah jerawat. Aku pulak ada satu habit buruk iaitu suka picit jerawat dan white head. Lalu, tinggallah parut yang dalamnya semacam perigi. Masa muda jiwa tengah gelojoh kan. Bila dapat picit white head lepas tu ia keluar size yang sebesar alam, rasa bahagia giler. Lagi teruja aku nak picit semua white head kat muka wkekek!
Bila dah besar, muka tinggal kawah padan muka ko! Menyesal kemudian hari tidak berguna.

Salah satu petua nak hilangkan parut jerawat secara tradisional ialah dengan menyapu serbuk kulit kayu manis kat parut. Aku pon gigih la tumbuk kulit kayu manis yang seketul tu nak dijadikan serbuk. Lepas tu bancuh dengan air then tempek kat muka. Mula-mula pakai tu ok, lepas beberapa minit, bila bancuhan tu kering  pedih giler kot muka. Nak nak lagi g tempek kat muka yang parut muda perghhhh rasa la kepedihan yang tak terperi. Kalau parut yang lama takde la sakit sangat, tapi pedih dia takleh discribe macamana. G try ah buat sendiri baru rasa.

Ada sekali tu, time kakak aku balik. Adik aku pon citer la kat kakak aku, "Pedih long letak benda ni."
Kakak aku buat muka kerek, "Yeke?"
"Meh aku letak kat muka ko."
Masa adik aku tengah letak tu, boleh kakak aku buat lawak,
"Aduhh, sakit weh sakit. Sakitttt!" Nada nganjing gituu. Takpe kak, ko rasa la lepas ni haha!
Beberapa minit kemudian, kakak aku tiba-tiba menjerit, "Aduhhh, pedih weh pedihh, pedihhh!" Terus dia berlari masuk tandas untuk cuci.
Aku dan adik hanya gelak terbahak-bahak. Padan muka ko kak, nganjing lagi hahahahaha! Sampai sekarang kalau kiteorang bercerita balik, mesti akan gelak. Aku ingat lagi cara dia bangun berlari ke tandas hahaha!

Kesimpulannya, dont judge a book by its cover. Rasa dulu baru komen ok! Hahaha.

Mintak Kaki!

Assalamualaikum!

Aku boring. Anak tido. Baju semua dah siap lipat. Masak pon dah settle. Buka la facebook. Duk godek-godek status-status time tahun 2011-2012, time muda-mudi.

Status semua macam mintak kaki. Dengan ejaan berterabur. Malu pulak aku baca kekekeke.

Cepat-cepat delete.

Setel.

😚

Tantrum.

Assalamualaikum!










Sumber: Facebook

Review: SteamQ Iron, Go Shop.

Assalamualaikum!

Entry lepas aku ada cerita pasal Go Shop. Sebenarnya dah lama aku beli steamQ iron. Baru nak buat review as a guide pada siapa yang baru nak beli. Sebab masa aku nak beli hari tu, aku ada search la tapi takde orang buat review lagi. Aku kalau nak shopping barang online, aku akan survey-survey dulu, tengok review dulu. Kalau review ok, inshaAllah akanku proceed pembelian hikhik.


Ni lah bendalah steamQ iron tu. Sapa tak pernah tengok iklan promo dia, boleh bukak channel Astro 118. 

Terpegun giler aku tengok dia punya iklan. Memang woww sangat. Kan aku cakap aku ni mudah terpengaruh keke. Sebagai seorang yang selalu iron baju kerja hubby, mesti la suka barang-barang yang buat kerja lebih mudah dan lebih cepat. 

Sebenarnya malas pon ada nak iron blouse orang lelaki. Lecehhh. Tambahan pulak, seluar slack hubby, ya Rabbi, berkedut seribu. Memang wajib kena iron. Aku ambik masa yang lama nak iron seluar dia. Tengok kedutan dah kurang, tu pon rasa tak puas hati. Nak jugak kasik kedutan tu hilang. Selamat hubby jenis cool, "Gosok sikit sikit dah la." Bila dia tengok aku stress dok iron seluar dia kekeke.

Sebelum nak beli benda kat Go Shop, kena kasik hubby tengok dulu iklan promo dia. Kasik dia impress sama kehkeh. And and andddd dia bagi green light haha thank you sayangg!

And there you are. Dangg! Dalam masa 2 hari, dah sampai. Masa mula-mula tu, memang susah nak guna. Tak reti. Sakit hati pon ada sebab tengok iklan memang senang giler, tapi bila dah buat sendiri rasa susahnya. Tak hilang pon kedutan. Menipu jeee. Bebel aku dalam hati.

Pastu aku baca manual dia and tengok balik iklan dia dan aku try guna balik. Ok, dah reti hehe. Aku tak reti iron baju kalau sangkut macam dalam iklan dia tu. Aku kena letak baju dekat iron board jugak. Baru selesa nak iron. Senang pon senang.

Yang bestnya, hubby pon suka guna jugak. Aku rasa dia lagi terror daripada aku sebab pagi pagi, baju kerja dia, dia yang iron sendiri in case aku tengah menyusu Humaira or aku tido mati hehe.

Bagi pendapat aku sendiri la, aku memang suka guna sebab seluar slack hubby yang kedut seribu tu lek lek je dah tak kedut. Even lepas basuh pon, takdelah kedut sangat macam dulu. Mungkin sebab benang dia kena steam tegak balik. Tu tak tak kedut tu kahkah teori ke laut.

Tapi ok la. Kedut senang hilang. Kadang-kadang aku iron baju sebelah je. Sebelah satu lagi takyah iron sebab dah tak kedut. Steam dia tu kan boleh tembus even kain tebal. Hehe.

Iron dia pon kecik dan ringan. Sesuai untuk bawak travel. Dah la dapat beg untuk letak iron ni (yang gambar beg warna putih tu). Comel je sebab cukup-cukup muat iron tu.

Selain itu, boleh jugak steam sofa, alas kaki, langsir and semua yang bersesuaian. Kalau alas kaki yang berbulu, boleh pasang yang macam berus yang kaler purple dalam gambar, lepas tu steam kan ia sambil beruskan alas kaki tu.
Aku pulak, suka steamkan lantai. Humaira suka tumpahkan makanan dan minuman atas lantai. Lepas cuci lantai, aku steam kan lantai iteww hehe.

Kalau baju yang banyak labuci or manik, boleh pasang yang warna merah tu. Aku tak tahu la nama apa. Tapi sangat membantu. Kalau kain yang jenis cepat rosak bila kena iron (biasanya ia akan melekat kat iron), boleh guna yang tu. Kira steam je la kat baju tu, tanpa kena permukaan iron yang besi tu. Harap korang paham penerangan aku ni haha.
Kalau guna iron yang biasa, stress giler nak iron kan part manik-manik or labuci. Biasanya baju raya la geheehhe!

Tapi kalau tengok kat web Go Shop, ada jugak yang tak berpuas hati dengan iron ni (boleh tengok dekat bahagian review on web). Entah la. Tapi Alhamdulillah aku punya iron, ok lagi setakat ni. Kalau buat hal, memang aku boikot laa Go Shop. Yelah, iklan kemain kan, tapi kalau barang hampeh buat apakan kehkehkeh.

Tak tahu lah review aku ni membantu ke tidak tapi I hope so mehehe.

Oh lupa pulak nak mention harga.
Rm199 and dapat semua benda kat atas tu. Agak pricey bagi aku but its worth. Pejam mata je bayar hahaha.

Tata! 

Im Big Enough!

Assalamualaikum!




Sometimes she thinks she big enough to eat by herself, end up all messed on the floor and kena tukar baju banyak kali 😅
Kalau disuap, mengamuk-ngamuk nak pegang sudu sendiri. Bila dah bagi, mula-mula makan dengan ok, tapi bila dia dah kenyang plus boring, boleh dia terbalikkan pinggan 😓. Sabar je laa.

Kalau g mall, dah taknak dah kena dukung, nak jalan sendiri. Orang ke kanan dia ke kiri. Orang jalan ke depan dia jalan ke belakang. Exhausted giler kekadang tapi let her be laa. She's in exploring mood kan tehehe tapi kadang-kadang stress gak bila dah terduduk kat lantai and start sapu-sapu lantai dengan tangan. Pastu suka laa punggah barang dekat rak dia pergi letak kat bawah or dia akan bawak barang tu. Haish, jeling je promoter kedai keke.
Dia suka tegur orang secara random tapi bila orang tegur dia balik mula la tersipu-sipu malu.

She loves to observe what we do and do it herself. Part ni aku suka sebab comel giler tengok dia tiru gaya kita haha. Contoh macam solat. Bila dia tengok aku solat, sujud especially, dia pon akan sujud jugak. Tiap kali tengok aku or hubby bentang sejadah, dia cepat-cepat pergi sujud. Good girl!

Sama jugak kalau dia tengok aku wipe air yang tumpah kat lantai. Biasanya dia yang suka tumpahkan air dari gelas then dia tepuk air yang kat lantai sampai terpercik hahaha! Oh, she is water-lover. Sangat!
Aku ambik kain lap kat dapur and wipe the floor. Dia pon sibok laa cari kain jugak nak wipe sama but she picks a random kain. Jumpa tudung aku, dia lap dengan tudung aku. Jumpa baju papa dia, dia lap dengan baju papa. Kalau dia tak jumpa kain, dia lap dengan baju dia sendiri bahahaha!

Rumah aku agak bersepah sebab dia suka 'kemas'. Pergi dapur, ambik segala mangkuk,bekas yang dia boleh capai, pergi bawak kat ruang tamu. Mainan dia, dia punggah masuk bilik tido la, dapur la. Merata-rata mainan dia. 

Dia tengok aku simpan mainan dia, kadang-kadang dia tolong tapi lepas tu dia start punggah bawak pergi dapur laa, bilik air laa huheii. Pasrah je aku tengok.

"Yeahh, because im big enough mama!" Claim Humaira.

Kekeke. Perasan!

Macam Cina.

Assalamualaikum!

Pada zaman sekolah dulu, aku ada kawan. Lelaki. Mata dia sepet. Rambut dia cacak-cacak. Warna kulit dia coklat gelap.

"Aku ni macam cina kan kalau senyum. Mata jadi satu line" katanya dengan bangga.

"Sepet giler mata aku. Macam cina kan?" Tak habis lagi.

Dia warnakan rambut dia warna perang.

"Macam cina kan" dia tersenyum bangga.

Suatu hari aku ke rumah dia. Nak jumpa adik perempuan dia sebab pinjam folio add math aku.

Aku dengar mak dia membebel,

"Kau ni sembahyang 5 waktu entah ke mana. Buat tak reti je bila masuk waktu. Apa nak jadi ni? Tu rambut tu. Kau warnakan kau ingat sah ke ambik air sembahyang? Kita orang islam. Sembahyang tu tiang agama. Kau nak jadi macam apa hah? Macam apa?"

"Macam cina!" Jawab aku dalam hati sambil tersenyum sinis.

Tak paham aku apa la yang dibanggakan sangat dengan cina.

P/s: Sebenarnya aku tengok dah macam orang siam daa.

Silence is Very Very Suspicious.

Assalamualaikum!


Aku jumpa gambar ni kat FB and i'm totally agreeee! Hahaha

Yes! Sebab sekarang dak Humaira tengah belajar explore dunia. Semua benda dia nak tengok, sentuh dan rasa, aisehh! Letih weh nak awasi dia sepanjang masa sebab dia so lipas kudung haha.

Semenjak ada kaki ni, dia suka menapak. Kejap kat ruang tamu, kejap kat dalam bilik, kejap kat dapur, kejap kat bilik stor. Kalau aku buat kerja, aku akan dengar derap kaki dia berjalan tap tap tap. Tak pon benda yang dia main. Tapi kalau senyap tu memang something wrong somewhere la. So, aku yang sedang syok lipat kain kat ruang tamu cecepat gi tengok dia buat apa kat dalam bilik.
Rupanya, dia tengah korek debu tepi almari pastu masukkan dalam mulut. OMG OMG OMG!

Hari tu ada sekali dia duduk dalam bilik. Masa tu aku duduk kat luar. Biasa aku akan dengar dia buat apa atau dia bercakap dengan diri sendiri depan cermin, itu favourite dia kekeke. Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi lalu aku menjengah ke dalam bilik.
Rupa-rupanya dia sedang kerjakan beg make up aku *tsk*. Entah macamana aku terlupa letak atas almari beg make up aku. Mulut dia abes merah menandakan blusher aku selamat masuk dalam mulut wuwuwu. Blusher aku habes hancur dia korek korek. 3 batang liptick aku pon semua rosak gara-gara dia korek jugak. Compact powder aku semua hancur. Barangan make up aku totally lost. Sedih bukan huahuahua.

Dah la aku ni, kalau barangan make up bukan main kedekut lagi nak beli sebab aku tak suka make up. Make up time hari hari penting je. Dah la minggu tu ada dinner office hubs. Terpaksa la g beli balik huhu.

Tapi takpe la, kira dah ada alasan la nak beli alat make up baru kan kekeke. And aku baru beli lipstick yang best. Suka giler aku. Sekali beli 3 batang ok. Tamak, ok fineee ehee.
Pastu kena selalu beringat la alat make up aku gan dak Humaira ni. Kena letak kat tempat tinggi. Hehe.

Takpe la. Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan. Hehe

Tapi kalau nak cerita pasal toddler ni, sampai besok pon tak abes. Ada je perbuatan dia yang kelakar bila pikir balik. Hehe. Takpe la anak. Asal kamu membesar dengan sihat, cergas dan cerdas yea. Takpe korbankan alat make up, mama redha.

Kebahagiaan yang Berkecai.

Assalamualaikum!

Pada suatu hari yang hening dan panas, seorang surirumah bernama aku sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja rumah. Belengas badan tidak dihiraukan. Yelah, lepas solat subuh terus masuk kerja. Bukan kerja depan komputer bawah aircond, tapi dekat dapur, toilet, ruang tamu dan bilik tidur, merupakan skop tempat pekerjaan aku.

Siapa cakap surirumah duduk rilek goyang kaki sambil tengok tv makan kacang, dia silap ok!

Sesambil bekerja tu, tunggu anak dara aku bangun. Bila dia dah bangun, kerja-kerja pon kena slow down sebab dia nak take over kerja aku. Aku sapu lantai, dia pon sapu jugak. Bezanya dia kutip sampah masuk mulut :'). Larangan aku tidak diendahkan.

Pastu, mandikan dia. Yang ni memang selalu drama sebab dia suka main air. Bila nak bawak keluar dari bilik, maka berlakulah drama air mata. Lap badan dia kering-kering, terus cepat-cepat bawak dia depan tv. Cerita Pada Zaman Dahulu memang telah aku pasang siap-siap. Maka redalah tangisannya digantikan dengan senyuman gembira sebab dapat menonton rancangan kegemaran. Taktik ok!

Sedang aku berulang-alik ke dapur, ruang tamu dan bilik, tiba-tiba si anak dara menunjukkan simptom-simptom mengantuk. Gembiranyaa tak terperi aku sebab dia biasanya susah nak tidur. Even mengantuk tahap mana  pon, boleh dia tahan mata sambil main-main.
Apa lagi, aku terus bagi susu, lepas tu dodoi kan, dia terus lena. Siap berdengkur bagai.
Fuhhh, lega giler. Boleh settlekan mana kerja yang tak settle lagi. Tanpa banyak bunyik, terus aku masuk shift balik.

Bila dah siap kerja-kerja, aku terus capai towel pergi mandi. Sambil gosok badan sambil nyanyi, walhal dalam kepala aku dok fikir kerja-kerja yang belum beres lagi.

Basuh pinggan - checked
Kemas dapur - checked
Masak - checked
Kemas ruang tamu - checked
Kemas mainan - checked
Kemas bilik tidur - checked
Basuh basuh baju - checked
Jemur baju - checked
Lipat baju semalam - checked

Peh.
Lega *tarik nafas*

Tiba-tiba terfikir, dah lama takde masa untuk diri sendiri, manjakan diri. Dah lama tak buh lotion kat badan. Cream strech mark yang hubby beli dulu jarang dapat apply sebab kesibukan plus lupa mehehe. Cream kat muka toksah duk citer la. Tahun lepas boleh bilang dengan jari berapa kali aku apply cream muka.

Lepas siap mandi, solat zohor semua terus capai lotion. Sekali, bukkkkk lotion kena bekas make up lalu jatuh ke bawah. Automatik aku terus pandang anak  yang sedang tidur. Sangkaanku benar-benar belaka, dia tersedar lantas menangis memanggilku. Aku terus tenangkan dia dan setelah dia tenang dia sibuk mengexplore dunia. Dan aku dengan tenang, mengawasi setiap tindak-tanduknya, dengan redha.

Maka, tiada secoet pon lotion dapat ku apply. Tiada apa yang tinggal, hanyalah seribu penyesalan dalam hati sebab tidak berhati-hati.

Dan hari-hari aku berjalan seperti biasa.

Bila Anak Demam...

Assalamualaikum!

Sepanjang aku jaga Humaira, baru 2 kali dia demam. First, dia demam sebab naik campak. Fortunetly, masa tu aku dok kat kampung. Takde la risau sangat sebab ada mak aku. Second, demam sebab naik gigi. Yang ni aku gabra sikit sebab dah balik Kuantan. Yela, ibu baru katakan. Lack of knowledge gitew. Tapi aAhamdulillah, aku dan hubby dapat handle dengan baik.

So, ini masuk kali ketiga dia demam. Aku macam rilek je nak handle. Takde lah gabra macam sebelum ni, tapi risau tu ada la. Kesian tengok Humaira rengek-rengek takleh tido, tak sedap badan. Patut la 2 3 hari ni, dia macam manja mengada-ngada sikit. Nak demam rupanya.

Dia ada tunjuk simptom-simptom selsema macam batuk pastu bersin banyak kali. Aku tak suspect pulak dia nak demam. Aku pulak pergi bantai pakaikan dia baju tebal siap lengan panjang. Lagi la lambat demam dia nak kebah.

Aku ada check suhu badan dia beberapa hari lepas, 36.9 C. Takde la panas sangatkan. Tu yang ingat dia tak demam. Ingat selsema je. Bila dia demam, dia tak selesa nak tido, dengan aku-aku sekali takleh tido. Dia dok pusing satu katil. Last-last dia port kepala dia atas badan aku, baru lena. Tu pon kejap je sebelum dia pusing balik. Kesian pulak tengok. Bila dia tak selesa, aku pon tak selesa.

Patut la badan dia baik ruam-ruam merah pastu mata dia berair dan bertahi. Aku call tanya mak aku, dia cakap maybe badan Humaira panas. Memang pon sebab demamkan. Tiba-tiba aku rasa teruknya aku huhuhu.

Aku pakaikan cool fever atas dahi. Sekali dia rentap habis tercabut. Stress pulak aku. Last-last aku ambik tempek kat belakang leher dia. Barulah dia takleh cabut eheh

Tapi sebenarnya mengikut pembacaan aku, cool fever kena lekat belakang leher. Sebabnya, haba yang terkumpul dekat kepala akan turun. So, kepala tak panas la. Kalau lekat atas dahi, haba kat badan akan berkumpul naik atas, kat kepala. Bahaya ok kalau panas sangat kepala. Boleh menyebabkan sawan. Mintak jauh la kan.

Antara tips yang boleh diamalkan kalau anak demam;

1. Pakaikan baju yang nipis
Sebabnya, haba dalam badan dia senang nak keluar. So, demam dia cepat kebah.

2. Mandikan dengan kerap
Supaya badan dia sejuk.

3. Sentiasa basahkan dahi/kepala dengan kain lembap
Nak kurangkan panas kat kepala

4. Bagi susu dengan kerap
Bila dia banyak minum, dia kerap terkencing. So, haba panas keluar melalui air kencing. Tapi seeloknya susu ibu. Tapi susu formula pon boleh.

5. Sentiasa basahkan badan dia - lap dengan kain lembap
Sedara aku nurse. Dia ajar, kalau baby demam, bukak baju seluar, biar tinggal pampers je. Basahkan towel, pastu selimutkan baby and letakkan baby bawah kipas. Bunyi macam kejamkan, tapi tu memang cara effective nak turunkan suhu badan.

Dulu, masa Humaira baby, bila badan dia macam panas sikit, aku terus buat camni. Memang pastu, suhu dia normal. Sekarang, bila dah jadi toddler, memang takleh la nak buat camtu. Dia menjerit tanda protes, 1 taman boleh gegar ok. Tu belum masuk part dia melarikan diri lagi. Orang baru boleh kaki kan ahaks!

Aku harap Humaira cepat sembuh. Tak best nak main dengan dia bila sakit camgini. Dah la hubby pon selsema jugak. Kedua-dua mangsa buli aku ni sakit. Sapa la nak jadi mangsa buli aku kan ehek! Kesimpulannya, semoga kedua-duanya cepat sembuh. Aamiin!



 *heart*

Shopping di Go Shop.



Assalamualaikum!

Korang pernah tengok tak channel 118, Astro? Channel Go Shop. Konsep dia macam Smartshop, home shopping. Kalau korang ingat la time kecik-kecik dulu kan ehehe. Tagline dia 'Ada tv, boleh beli'. Kiranya, duk tercongkok depan tv, tengok barang-barang yang dorang promote, kalau berkenan dan rasa nak beli, call la diorang hehe.

Sebagai surirumah sepenuh masa, tv kat rumah haruslah sentiasa terpasang agar aku tak kesunyian. Bila takde citer best, mula lah aku tengok channel ni pastu berkenan la benda tu benda ni wahahaha senang terpengaruh rupanya aku ni alahai.

Barang-barang yang aku suka tengok kebanyakkan barang dapur. Kata surirumahkan. Promoter pon best. Seronok tengok dorang duk promote. Rasa macam jakun jap wahaha!
Hari tu dorang ada promote Sunrise Pocket Block. Dia macam bekas tupperware tapi badan dia transparent. Dah lama aku cari bekas macamni sebab boleh tengok isi dalam kan.



Comel gilerkan? Alaa bila dah jadi mak-mak ni, memang automatik suka benda-benda camgini. Nak beli brand Tupperware kadang-kadang mahal sangat rasa. Membazir pon ada sebab beli mahal-mahal letak serbuk kunyit je pon ehehe (bagi aku la). Lagipon Tupperware takde rasanya bekas yang transparent gini. Setahu aku la.
Barang kat dapurkan banyak. Ada barang kering, barang basahkan. Bila balik dari pasar, aku letakkan sekali dengan plastik-plastik barang tu. Bila nak masak, jenuh buka plastik mana satu plastik ikan bilis ni ekeke.
Kira kemas dan comel la sikit dapur bila susun dalam bekas cute-cute camgini. Naik mood memasak iols ok ekeke =)

Aku pon suruh la hubby yang call Go Shop. Eh, aku sejak jadi surirumah ni kan, communication skill aku merudum. Rasa malas giler nak cakap dengan orang asing even number phone yang tak dikenali call aku pon aku tak angkat. Tahap kronik dah ni sebab setahun lebih jadi surirumah tak bergaul dengan orang mehehe. Apa-apa pon thanks hubby sebab sporting tolong call.

Sebab talian sesak, dorang ambik nama dan no telefon, pastu dorang akan call balik. Ok laa, jimat bill telefon kan wahaha!
Kalau tak pernah shopping lagi, kena daftar dulu. Alaa, dia mintak nama penuh, no ic, emel adress je kalau tak silap aku. Pastu kita cakap la order apa, berapa unit dan cara pembayaran. Aku tak guna card kredit pon sebab takde wahaha so cash on delivery je. Dorang akan pesan agar sediakan duit cukup-cukup.

Dorang akan pos guna Gdex. And masa Gdex tu hantar barang baru bayar. Senang wahaha so takyah dah nak keluar shopping lagi. Yang bagusnya, sebelum hantar tu, Gdex akan call dulu kita tanya ada kat rumah ke tak. Maybe sebab kena bayar so nak pastikan kita ada dirumah.
Service dia bagus la sebab aku order hari ahad, hari khamis barang sampai. Dia ada mention masa kita order tu barang akan sampai dalam masa 5 hari. Maybe sebab aku duk kat Pahang. Kalau area KL, awal la sikit kan hehe.

So far, aku berpuas hati dengan Go Shop. Dok aim satu barang lagi ni. Hubby dah bagi permission dah kekeke.



Humaira excited tengok kotak dia. Besar ok. Basah sikit sebab time orang hantar tu hujan.




24 pcs block, pelbagai size = Rm199
Color dia campur-campur. Tapi bertindan kat bawah, tak nampak.

Yang nampak besar kotak dia sebab aku beli 2 set. So, dalam kotak yang besar tu, ada 2 kotak macam gambar kat atas ni. Nak bagi hadiah kat mak aku satu set sebab hari tu dia tengok kat tv and dia berkenan. Share dengan kakak aku beli untuk dia. Shopping untuk rumah sendiri pon shopping jugak, kat emak jangan lupa k :)
Harap-harap mak aku suka walaupon dia geng tupperware hehe.

Oh, lupa nak cakap, delivery dia free ok. So takyah risau, harga dia papar kat tv tu memang nett price heee.
Eh, aku bukan nak promote Go Shop tapi saja je share pengalaman aku hee.

Manhattan Fish Market, ECM Kuantan.



Assalamualaikum!

Holla 2015!
Please be nice to us ok?

Semalam suami tetiba ajak g makan dekat The Tappers. Bukan sebab nak celebrate tahun baru tapi sebab nak appreciate aku sebab jaga Humaira mihmihmih thanks hubbyku!
Sebenarnya aku dah lama teringin nak makan kat situ sebab adik ipar selalu duk promote. Lawa la deco kat sana. Tema putih gittew. Makanan dia sedap la. Tapi selalu tak sempat nak g makan kat sana sebab time balik kampung kat KT, mama mertua masak sedap-sedap. So, say no to makan luar ok! Ehehe

Setelah sekian lama East Coast Mall (ECM) mbuat revonation di sesetengah part of their bangunan, akhirnya siap la. And banyak restoren makanan yang aku tak pernah pergi dan teringin nak pergi ada macam The Tappers, Manhattan Fish, Black Canyon dan Nandos. Kemain suka woh. Semua aku tak pernah pergi lagi kecuali Black Canyon. Not bad makanan dia. Sedap! Harga aku tak sure la sebab aku pergi makan time attend seminar produk time kerja dulu, so pihak penganjur yang sponsor.

Al-kisahnya semalam kiteorang menapak la ke ECM dengan harapan menggunung dapat makan kat Tappers. Kiteorang tu merujuk kepada hubby, aku, Humaira dan kakak aku. Kakak aku ni sebenarnya bercuti ke rumah aku time Cristmast tapi takleh balik ke Putrajaya sebab banjir. LPT tutup, bas tak beroperasi. Kesian pon ada. Kelakar pon ada jugak. Cuti 2 hari tetiba kena extend plak ekekeke.

Bila sampai dekat The Tappers, tengok-tengok ada notis 'Drink only, we run out of food'
Bahahaha!
Kecewa giler aku. Angan-anganku musnah. Hubby macam tahu aku kecewa lantas dia ajak g Manhattan. Aku macam ehh, betul kee? Mata bersinar kembali wahaha drama queen!

Sebenarnya Manhattan Fish adalah salah satu tempat yang aku teringin nak makan. Terliur weh tengok member aku post udang cheese. Selamat time dia post tu aku tak mengandung. Kalau tak, dah meleh air liur anak aku. Pengaruh rakan sebaya betul!

Aku dan hubby order Fisherman Platter (Tilapia). Kakak aku order Citrus Baked Seafood. Air dia agak mahal dan tak berbaloi aku rasa. Nonsense pon ada tengok harga. Kiteorang order air suam je. Tu pon kena cas Rm1.50, 3 gelas air suam. Biasalah tempat macam camgini, what do you expect? Giteww.

Lagipon air suamkan bagus untuk kesihatan. G makan kat kedai biasa pon aku order air suam. Aku minum tak habis pon air suam. Membazir betul bahaha!




Citrus Baked Seafood (Rm 20.90)

Aku sempat rasa seketul je lauk dia sebab lauk dalam plate aku banyak. Selamat aku order satu je share dengan hubby. Kakak aku cakap sedap. Dia semua benda sedap. Stress aku! Hahaha
Tapi bau dia memang sedap. Time dia serve tu perghh menusuk kalbu bau dia.




Fisherman Platter Tilapia (Rm55.90)

Ikan tilapia dia bapak besar. Tilapia hitam pulak tu. Dalam gambar nampak kecik tapi sebenarnya besar. Effect angle kot tu yang nampak kecik. Rare kakak aku cakap. Biasa dekat kedai tilapia merah je ada.
Yang cheese atas udang tu, dia akan flamekan api kat depan kita time nak serve.
Yang sebelah kiri udang tu, sotong goreng. Dia hiris halus-halus. Hubby suka sangat yang tu. Aku ingat ikan bilis goreng sebenarnya ahahaha!

Aku? Of course la semua aku suka sebab aku kan seafood lover kekeke :)
Aku suka servis dia. Mantap. Maybe sebab ramai staff. Nak dijadikan cerita, sebelah meja aku tu, ada 2 meja, orang baru datang. Kejap je tunggu makanan dorang order sampai. Padahal kiteorang yang datang dulu. Tak sampai-sampai lagi makanannya haa.

Aku pon tanya la staff dia mana order kiteorang. Aku dah pening kepala sebab angin naik ke kepala kes makan lambat. Pastu staff dia suruh tunggu. Tetiba manager dia datang kat meja kiteorang and bagitahu sekejap je lagi makanan nak siap. Wahh, sampai begitu sekali dorang punya servis.

Time flamekan api dekat cheese atas udang tu, api terkena sotong. Sipi je kenanya. Staff dia tanya nak makanan baru tak sebab sotong dah hangus sikit. Alahai, sikit je pon hahaha. Mau lama lagi tunggu kalau nak yang lain wahaha padahal dia pergi tukar sotong je pon ekekeke. Aku paranoiddd tetiba lagu ni berkumandang.

Kesimpulannya, aku sukaaa sangat servis diaorang dan makanan kat situ. Staff dorang pon mesra alam.
InsyaAllah next time nak try menu lain pulak. And for the service, keep it up. Memang terbaik.
Tu yang service charge dia mahal. Tambah dengan goverment tax, lebih kurang Rm12++ phewww *kesat peluh*

Tapi kalau nak makan lagi kena tunggu hari special la macam birthday ke, anniversary ke. Pokai kalau asyik makan situ. Dah la GST dah nak start wahaha. Berjimat cermat amalan mulia ok!

Bak kata kawan kakak aku, sebulan sekali kena la makan mewah-mewah.
Yes, Im agreed. Sebab nak treat diri sendirikan sebab kerja keras. Yeay!

Tapi aku takde la sebulan sekali, maybe 2 3 bulan sekali. Iolss kan perancang ekonomi keluarga ekekeke. Suruh hubby masak lagi sedap dan jimat eheee!