Tip Menyimpan Daun Sup.

Assalamualaikum

Suami aku merupakan pengemar sup. Salah satu benda wajib yang kena ada adalah daun sup. Daun sup kalau kitakan beli kan, dia jual seikat. Seikat dia pergh agak banyak jugak. Sekali makan memang tak habis, sebab guna sikit je. Dahtu takkan la nak buat sup hari-harikan. Beli bukan main banyak. Letak dalam peti 2-3 hari lepastu, dah rosak takleh guna dah. End up, ke tong sampah jugak jawab dia.

So, aku tengoklah satu tip dekat tv channel foodnetwork, cara nak simpan daun sup agar tahan lama dan still berbau harum lagi bila letak dalam sup. Tips dia camgini;

1. Bersihkan daun sup tu bersih-bersih.

2. Potong daun sup tu kecik-kecik. Alaa, macam potong nak letak dalam sup tu.

3. Masukkan dalam tupperware dan letakkan dalam freeze.

Senang gilerkan tip ni. Dan memang berbulan-bulan tahan. Bau dia pon still harum lagi. Kerja pon jadi senang. Bila buat sup, dah takyah susah-susah nak potong daun sup tiap kali nak makan kan hihi. Senang!