Kedekut.

Assalamualaikum

Aku: Adik, smartphone apa yang bawah Rm 200 dan gambar dia lawa?

Adik: &^%$#@#$%

lol!

Rolling on the floor laughingRolling on the floor laughingRolling on the floor laughingRolling on the floor laughing

P/s: Bukan kedekut, tapi jimat. Ekekeke Flirt male

Parenting.

Assalamualaikum

Highlight aku pada anak berusia 0 – 6 tahun.
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai dan memanjakan mereka dengan penuh kasih-sayang.

Yess, aku sangat setuju dengan statement ni. Sebab diakan kecil lagi. So, kena la bagi sepenuh perhatian, kasih-sayang pada dia.

Tapi, kita hanya manusia biasa. Punyai emosi. Ada pasang, ada surut. Aku pon kadang-kadang marah-marah Humaira. Takde la marah sampai naik tangan huahua. Contohnya bila dia menangis nak tidur. Bila aku dah mengantuk+letih+stress mesti aku akan cakap “Kalau mengantuk, tidur la. Bukan sakit pon. Tak yah la nangis!”

Bila dia dah lena tidur, aku akan renung wajah dia. Dalam hati, “Maafkan mama Humaira.” Sebak! Rasa bersalah pula marah dia padahal bukan salah dia pon. Dia hanya nakkan perhatian je. Dia kan budak lagi huhu.

Yes, bukan salah dia, tapi salah aku sendiri. InsyaAllah akan ku perbaiki.
"Permudahkanlah urusan hambaMu ini ya Allah!”

Alhamdulillah, aku dikurniakan suami yang sangat memahami dan selalu ada untuk membantu aku. Bila dia tengok aku dah stress, aku bagi susu pon Humaira still nangis-nangis lagi tak nak tidur, dia akan suruh aku tidur dan dia yang dodoikan Humaira sampai tertidur. Btw, sapa cakap jadi surirumah tak letih! Letih okay tapi aku happy.

Bab bergurau tu, memang aku sangatttt suka kacau dia! Suka bila dengar dia ketawa mengekek dan menjerit. Lepas tu cium pipi sampai dia menjerit kelemasan. Itu satu kemestian hari-hari haha! Lagi satu perkara yang aku suka, aku akan agah dia sampai dia ketawa buka mulut, pastu cium mulut dia. Best! Wangi sangat bau dia. Sampai hubby pon cakap, “Sian Humaira kena seksa hari-hari.” AHAHAHA maaf la nak. I can’t resist to kiss you! *big hug*

Mangsa gomolan x)