Sensitive.

Humaira ni seorang baby yang sangat sensitif bunyi. Kalau dia tido, memang tak boleh membuat sebarang bunyi. Kalau tak, terus celik mata lantas senyum. Alhamdulillah, dia bukan jenis yang nangis bila terkejut/dikejutkan dari tido. Celik mata terus senyum pastu dia main. Ambik masa yang lama nak tidur balik huhu agak mencabar diri jugak.

Bila dia dah mamai-mamai, kemain happy aku. Dalam kepala, nak basuh pinggan, sidai baju, lipat kain dan kerja rumah seantara dengannya. Sekali tengah basuh pinggan, keletinggggg bunyi pinggan berlaga, pappp terus celik mata dia walhal kemain berhati-hati aku basuh pinggan haha!

Kadang-kadang, stress aku. Malam especially. Pukul 11, dah ulit dia tido, letak atas katil dalam bilik. Sekali nak keluar bilir terlanggar pintu. Terus dia celik mata luas-luas, senyum dan start main-main. End up, aku yang tido dulu hahaha!

Pintu bilik aku pulak jenis yang bunyi berkeriukk tu. Sama la pintu tandas dalam bilik aku pon. Kalau Humaira tido, memang takkan guna la tandas. Seksa tau nak haha! So, bila tengah ulit Humaira tido, cakap siap-siap kat hubby, nak gosok gigi ke, nak masuk tandas ke baik masuk sekarang. Tak pon angkut segala toiletries letak dalam tandas kat luar.

Hubby cakap, “Kalau Humaira tengah tidur, masuk bilik macam pencuri dah rasa. Kalau nak letakkan dia atas katil (tido lepas diulik atas pangku), ibarat macam nak matikan bom jangka” HAHAHA!
Hebat tak hebat tahap sensitivity anak aku.

Tak tahu la ikut sapa. Kalau ikut aku memang tak la. Aku tido mati! Bahaha!

 

When you smile, the world smiles back to you <3