About Bumbo Seat.

Hari tu aku ada bercerita tentang bumbo seat dalam entry wishlist. So, lepas tu aku buat laa research sikit pasal feedback, colors, safety, etc. bumbo seat ni. And aku jumpa la 3 different pattern of bumbo seat.

 

 

 

Tengok, beza kan tiga-tiga?

So, dengan gigihnya aku hantar email pada bumbo company to ask clarification. Ye laa, mana la nak tau ada bumbo seat yang fake kan. Baby kita jugak yang kena sebab dia yang duduk kan. hehe.

Dalam email, bla bla bla aku membebel dalam bahasa mat salleh. Selamat dorang paham haha! Laju je dorang reply email aku. Thanks bumbo!
Antara isi kandungan email dorang adalah;

Hi Nik,
Thanks for the email!
The first picture is our Bumbo seat before we installed the belt. The second picture is our first design on the belts. The third picture is the most update version of the belts. They are both the same belts just different colors.

 

Haa, so takde aku nak confuse dah. Semua original. Takde fake-fake ni okay Winking smile


So, sapa yang beli pattern no 1, dapat murah laa sikit berbanding pattern no 3 sebab faktor safety, belt tu. hehe

Bukan apa, sebagai mak kita sentiasa concern pasal anak kita, terutamanya dari segi keselamatan dan keselesaan. So, sebelum beli apa-apa keperluan untuk baby, aku akan buat research dulu mana baik dan mana yang buruk. Tengok feedback dan komen. Pastu baru buat keputusan *mama mode*.

Mother Instinct.

Hari ni nak cerita pasal mother instict atau dalam bahasa melayu nya naluri ibu. Banyak orang cakap seorang ibu dapat rasa keadaan anak. Contoh anak tak sihat ke, ada problem ke, etc. Dulu aku macam ye-ye ke, tapi sekarang ternyata betul! Bila dah alami sendiri baru percaya kekeke!

 

Telefon berdering. Angkat.

Aku: Hello?

Mak: Eh, tak sihat ke?

Aku: Aik, macam mana tahu ni?

Padahal aku selsema sikit je.

 

Instinct mak kuat kan? Mungkin sebab anak memang connect dengan mak, sejak dalam perut lagi kan. Sebagai contoh, antara situasi yang aku lalui,

 

Situasi 1

Lepas dodoikan anak, letak dia dalam bilik, aku dengan hubby (H) tengok tv dekat luar. Tetiba,

Aku: Eh, anak sedar la.

H: Tak lah. Sakni baru tengok. *sambung tengok tv*

Aku: Betul. Try g tengok.

H: *Masuk bilik* Aah la. Betul. Dia sedar.

Mama win!

 

Situasi 2

Anak tengah happy-happy kena agah, tetiba dia nangis.

H: Dia lapar la.

Aku: Taklah. Mengantuk tu. Try ulit.

H: *ulit dan anak tertido*

Aku: See?

Mama win again.

Haha.

Do not play around with the mother instinct  Laughing out loud

 

Mama’s love!

Wishlist.

Bila dah ada anak ni, asyik fikir keperluan anak je. Itu tak cukup, ini tak ada. Kalau g mall, tempat yang wajib singgah, baby’s corner. Rembat laa jugak 2-3 helai baju untuk Humaira walhal baju dia dah banyak. Pening Hubby haha. Tapi sekarang nasib la dah dapat control sikit bab beli baju. Kalau ada sale baju baby, hubby pulak dok tanya, “taknak tengok dulu ke?” hewhewhew

Sekarang, aku dok terkenan kat bendalah ni.

Nama dia bumbo seat. Tapi dalam dua lagi. Nak beli ke tak. Tengok harga dia boleh tahan. Nak beli bumbo seat ke atau baby’s chair? *dilema*

 

Aku asyik dok terbayang Humaira duduk dalam ni je. Dah buat research and ramai yang recommend. Tambah-tambah lagi bila anak dah start boleh makan. Duduk dalam ni behave sikit.

Biasanya, Humaira aku letak atas stroller je time nak suap makan. Tapi kemain dia membuas. Pusing kiri kanan, habis kotor stroller. Tu belum dia buat aksi gymnastic dia. Badan merekot cam ulat gonggok sambil pegang kaki, kalau mama lambat suap, ngapp dia makan ibu jari kaki dia (-_-“)

Lagipun sekarang, Humaira cepat sangat bosan kalau letakkan dia lama-lama. Letak kejap pastu menjerit-jerit minta diangkat. Duk dalam stroller, maunya gelongsor turun. End up, atas dukung mama jawabnya haha!

Sekali pikirkan, watpe la nak beli, babykan cepat membesar, membazir! Kejap je guna ni. Tapi bila dua kali pikir, alaa takpe, baby lepas-lepas ni (insyaAllah), boleh guna pulak. Orang kata, anak pertama la nak rasa semua benda haha! Pening dah aku. Antara keperluan atau kehendak?!

Tapi masalahnyaaa…

 

Belum mintak permission dengan big boss!

Huwaaa huwaaaa!

 

Ps: Pictures – Credit to google

6 Bulan.

Humaira dah masuk 6 bulan da bulan ni. Happy sangat-sangat sebabnya Humaira dah boleh makan solid food. Yeayy! So,takde lah rasa bersalah sangat bila tengok muka kesian dia ketika tengok mama dan papa dia ni makan. Sambil makan, boleh suap makanan dia hihi. Dan dia sangat pemakan! haha. Teringat lak time pregnant kan dia, aku sangat pemakan sampai berat dalam buku merah kena tanda warna merah haha! *over* Sekarang, berat takmo turun, sedih tau sob!

Humaira bukan ekskusif BF. Aku agak terkilan la sebab time dia mula-mula lahir dia minum FM. Tapi bila dia dah pandai BF, dia lansung taknak FM. Dia akan buat muka pelik bila bagi haha! Ramai cakap susah laa nanti nak tinggalkan dia dekat pengasuh. Tapi takpe nak oi, mama dah tak kerja dah. So, boleh BF yea. To be honest, aku berat hati nak kerja. Nak tinggalkan Humaira kat orang lain, tidakkkkkkkk. Macam-macam benda aku fikir *protective mama* haha!
Tapi sekali fikir, kena jugak hantar ke taska/sekolah, untuk improve kan sosial life dia. Takde la dia meraung bila orang nak ambik dukung dia.

InsyaAllah, anak lepas-lepas ni akan bagi ekslusif BF *azam*. Pengalaman pertama banyak mengajar aku how to handle baby. InsyaAllah aku boleh!

Tapi sekarang dia dah mula kenal orang. Kalau stranger/orang yang dia tak kenal tegur, mula la cebik muka dan huwaaaaaaaa haha! Sian lak bila balik kampung kan. Tak tau la nak kesian kat orang kampung (family – sebab nak dukung, peluk, cium) atau Humaira haha! Pity on them!

As a new parent, aku memang tak tahu lansung pasal pemakanan baby. Tanya mak aku, dia pon dah ingat-ingat lupa. Lagipon stail orang dulu-dulu dengan sekarang tersangatlah berbeza. Orang dulu, baby dalam 40 hari, dah bagi makan nestum (aku lah tu haha). Mengikut yang disyorkan oleh WHO, 6 bulan baru baby boleh diperkenalkan dengan solid food. Tu pon kena bagi 4 days rule (stage Humaira sekarang).

So, google dan group ibu mengandung, makan solid baby tersangatlah membantu aku. Thanks semua yang selalu bagi/share info. Ilmu yang sangat-sangat berguna untuk aku dan Humaira.

6 bulan menjaga Humaira, banyak kisah gembira, sedih berlaku. Kisah happy ialah bila dia dah pandai meniarap, bergerak ke depan, senyum, ketawa terbahak-bahak dan sekarang dia dah pandai sebut amamamamama, apapapapa. Yang penting time menangis, haruslah mamamamamma! Time sedih barulah nak ingat kat mama yea haha!

Kisah yang sedih bila hari di mana Humaira buat perangai macam taknak duduk kat bawah, nak dukungg je. Yang ni memang sedih sebab sepanjang hari, aku takleh buat kerja apa dan sakit pinggang! Sakit pinggang dukung Humaira sebab dah makin berat haha! Takleh buat apa takpe lagi sebab bila hubby balik dia akan main dengan Humaira dan aku boleh buat kerja tapi part yang sakit pinggang tu takleh tahan.

Dari time sarat mengandung sampai sekarang, sakit pinggang aku tak hilang-hilang. Kadang-kadang sampai keluar air mata. Tapi alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab malam-malam hubby mesti akan urutkan. Lega sikit.

Selama 6 bulan menjaga puteri sorang ni, hubby tersangatlah membantu dan memahami. Dia faham bila aku tak sempat memasak. Dan dia pulak yang masak. Guess what, makanan dia lagii sedap dari masakan aku *tercabar!* haha! Apa-apa pun, thanks hubby sebab meringankan beban, menceriakan hari, mententeramkan hati isterimu ini <3 <3

 

Budak yang bersedia digomol mama!
Takkan pernah puas untuk peluk dan cium mu duhai anak